Cuba Resepi Laksam Ini Bermula Dengan Satu Gigit, Tak Sedar Habis Sepinggan!

Anda belum pernah rasa laksam sebegini! Apakah yang membuatkan setiap gigitannya begitu memukau hingga tak sedar habis sepinggan? Jangan lepaskan peluang untuk mencuba!

Resepi Laksam

Cuba Resepi Laksam Ini Bermula Dengan Satu Gigit, Tak Sedar Habis Sepinggan!

 

Hari tu ada cuba masak laksam, tapi kuah dia rasa macam kuah kosong je, tak sedap langsung! Tapi lepas guna resepi baru ni, rasa laksam tu macam makan kat kedai terkenal! Serius tak sia-sia cuba resepi ni, sekali makan terus ketagih! Kalau anda peminat laksam, wajib cuba resepi ni, pasti puas hati.

Resepi Laksam Lembut & Kuah Berlemak Sedap

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 9 gulung laksam

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan kuah:
    • 1 kilo ikan kembung
    • 1 sk garam
    • 2 keping asam gelugor
    • 1 inci halia
    • 4 ulas bawang putih
    • 5 biji bawang merah kecil
    • 1 biji bawang merah besar
    • 1-2 keping asam gelugor
    • Garam secukup rasa
    • 1/2 sb gula melaka
    • Santan dari 1 1/2 biji kelapa
    • 1- 1 1/2 sb lada hitam

 

  • Bahan-bahan laksam:
    • 3 cwn tepung beras
    • 1/2 cwn tepung gandum
    • 1 sk garam
    • 5 cwn air suam
    • 2 sb minyak masak
    • **kalau masih sedikit pekat tambah je air sikit, dan cuba kukus sekali untuk tengok hasilnnya

 

  • Bahan-bahan sambal cili bercuka:
    • 4 tangkai cili merah besar
    • 10 tangkai cili padi
    • Sedikit belacan bakar
    • 1/4 cwn cuka makan
    • ATAU jus limau
    • Garam & gula secukup rasa

 

  • Bahan-bahan ulam-ulaman:
    • Timun
    • Bunga kantan
    • Kacang panjang
    • Kobis
    • Daun kesum
    • Taugeh
    • Limau

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara kuah:
    1. Rebus ikan dengan air, garam dan asam keping dalam 15 minit atau ikan masak.
    2. Asingkan tulang dan isi ikan
    3. Kisar halus halia, bawang putih, bawang merah kecil, bawang merah besar dan sedikit air rebusan ikan.
    4. Kisar halus pulak isi ikan dengan air rebusan.
    5. Kisar halus tulang ikan dan tapis asingkan tulang.
    6. Tumbuk halus biji lada hitam.
    7. Tuang masuk bawang dan halia kisar, isi ikan, air tapisan tulang, asam keping, gula melaka dan garam. Reneh sampai hilang buih-buih halus.
    8. Perlahankan api dan tuang masuk santan.
    9. Tuang masuk black pepper dan tutup api. Kacau sikit sampai wap berkurang.

 

  • Cara-cara laksam:
    1. Bancuh tepung beras, tepung gandum, garam, minyak masak dan air suam.
    2. Gris acuan laksam dengan minyak, boleh guna tudung periuk atau loyang pizza.
    3. Dalam pengukus, letakkan tudung periuk dan tuang masuk adunan laksam. Kukus sampai masak anggaran 5 minit atau sampai naik gelembung.
    4. Gulung laksam dan potong.

 

  • Cara-cara sambal lada:
    1. Kisar kasar cili besar, cili padi, belacan bakar, cuka makan (atau jus limau).
    2. Perasakan dengan gula dan garam.
    3. Boleh hidang laksam dengan sayur kobis, timun, kacang panjang, daun kesum, bunga kantan dan taugeh.

 

Tip Masakan:
  • Selepas tuang masuk santan, kerap kacau sebab kita tak nak santan berketul.
  • Tepung beras Che Nom guna Cap Teratai, nak guna cap lain pon takpe, insyallah jadi.
  • Pastikan adunan tak pekat sangat, cair-cair sikit, boleh test kukus dulu sekali, kalau tak lembut tambah lagi air.
  • Laksam jangan tebal sangat, nanti susah pulak nak gulung.

Rujukan video penyediaan:

Resepi Laksam

  • Masa Penyediaan: 40 minit
  • Masa Memasak: 40 minit
  • Jumlah Hidangan: 8 orang

Bahan-bahan:
  • Bahan untuk kuah laksam:
    • 1/2 kg ikan kembung
    • 5 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 batang serai
    • 1/2 inci halia
    • 1 sudu kecil lada hitam
    • 3 keping asam jawa
    • seketul gula melaka
    • pati santan dari 1 biji kelapa

 

  • Bahan untuk laksa kukus:
    • 3 cawan tepung beras
    • 1/2 cawan tepung gandum
    • 4 1/2 cawan air suam
    • 1/2 sudu kecil garam

 

  • Bahan untuk sambal belacan:
    • 5 biji cili merah
    • 10 biji cili padi
    • 2 biji jus perahan limau nipis
    • garam dan gula secukup rasa

 

  • Bahan untuk ulam-ulaman:
    • kacang panjang
    • bunga kantan
    • timun
    • daun kesum
    • taugeh
    • bawang besar
    • limau kasturi
    • kubis

 

Cara Penyediaan:
  • Cara untuk kuah laksam:
    1. Rebus ikan bersama sedikit air, agak-agak tenggelam ikan sahaja. Masukkan 1 asam keping, 1/2 inci halia dan sedikit garam. Rebus dalam anggaran masa 15 minit.
    2. Apabila ikan sudah masak, sejukkan kemudian asingkan isi ikan dan bahagian tulangnya. Air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan ketepikan.
    3. Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga halus.
    4. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar halus, asam keping dan serai. Masak bersama air rebusan ikan tadi dan rebus sehingga mendidih.
    5. Masukkan pati santan, sedikit gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau di atas api yang perlahan. Tak perlu masak kuah terlalu lama kerana santan akan pecah minyak dan kuah akan jadi kurang sedap. Memadai cuma selama 5 minit.
    6. Hidangkan bersama laksa dan ulam ulaman.

 

  • Cara untuk laksa kukus:
    1. Panaskan periuk kukusan. Sediakan 2 loyang berukuran 8″ atau 9″. Kalau tak ada loyang, tudung periuk pun boleh.
    2. Satukan tepung bersama garam.
    3. Bancuh dengan air suam dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Che Nom kacau menggunakan whisk, lagi cepat halus.
    4. Sapikan sedikit minyak pada permukaan loyang, tuang adunan tepung sebanyak 3 senduk kecil.
    5. Kukus selama 5-8 minit. Angkat loyang dan sejukkan. Boleh juga di alirkan air sejuk di bahagian bawah loyang supaya laksa senang dikeluarkan.
    6. Gulung laksam dan ulang langkah sehingga adunan tepung habis. Anggaran dapat 8-9 gulung laksam.
    7. Gunting laksam setebal 1/2 inci sebelum dihidangkan.

 

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

 

  • Cara untuk sambal belacan:

Kisar kesemua cili dan gaul bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.

 

  • Cara untuk ulam ulaman:

Hiris halus kesemua bahan ulam.

 

Tip Masakan:
  • Boleh dihidangkan bersama belacan dan garam (ikut cara orang kelantan)

 

Sumber: Che Nom

 

Baca resepi lain:

Leave a Comment