Tak Sampai 15 Minit! Resepi Kuey Teow Goreng ini pasti buat anda kecur air liur

Anda mencari-cari resepi yang cepat, sedap, dan mudah? Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Kuey Teow Goreng ini—siap dalam masa kurang dari 15 minit!

Resepi Kuey Teow Goreng

Tak Sampai 15 Minit! Resepi Kuey Teow Goreng ini pasti buat anda kecur air liur

 

Hari tu saya cuba buat kuey teow goreng guna resepi biasa, tapi rasanya cuma ‘okay-okay’ je – macam tak lengkap. Tapi lepas cuba resepi kuey teow goreng ini, saya TERUS TERPIKAT! Rasanya macam makan kat restoran terkenal, tau! Aroma yang disatukan dengan sos tiram dan kicap pekat tu memang buat lidah menari-nari. Rasa udang dan ayam pula menambahkan lagi keenakan hidangan ni. Tak rugi langsung masa 15 minit yang diperuntukkan untuk masak! Cuba resepi ni, confirm anda akan jatuh cinta, dan keluarga pun mesti puji tinggi melangit. Jangan terkejut kalau mereka ingat anda order dari restoran!

 

Resepi Pertama Kuey Teow Goreng

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang merah kecil
    • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis

 

  • Bahan-bahan untuk kuey teow goreng:
    • sedikit minyak masak
    • bahan-bahan kisar halus (atas)
    • 1-2 sudu besar cili kisar
    • 2 keping fish cake, hiris nipis
    • 2 sudu besar sos cili
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu besar kicap pekat/ caramel
    • 1 sudu besar sos ikan, jika suka
    • udang, buang kulit
    • sedikit air
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
    • 1 pek/ 450 g kuey teow
    • 1 biji telur
    • sedikit sos ikan
    • taugeh
    • daun kucai
    • Bahan -bahan untuk cili kicap:
    • 5-6 tangkai cili padi
    • kicap manis secukupnya
    • perahan jus limau nipis

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk kuey teow goreng:
    1. Kisar halus semua bahan-bahan.
    2. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan kisar halus dan tumis sehingga kekuningan.
    3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga garing dan pecah minyak kemudian masukkan hirisan fish cake.
    4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap karamel, sos ikan, udang dan serbuk lada sulah. Kacau-kacau sekejap.
    5. Masukkan kuey teow, kacau sekata dengan bahan tumisan. Tolak kuey teow ke tepi supaya ada ruang di tengah. Pecahkan sebiji telur.
    6. Biar telur sekejap je dan kemudian kacau sikit supaya hancur. Gaul sekata bersama kuey teow.
    7. Masukkan taugeh sedikit demi sedikit. Tambah juga sayur kuchai.
    8. Angkat dan hidang bersama cili potong kicap

 

  • Cara-cara untuk cili potong kicap:
    1. Potong cili padi
    2. Tuang kicap manis secukupnya
    3. Perah jus limau nipis. Kacau sebati.

 

Tip Masakan:
  • Kuey Teow haruslah digoreng di atas api yang besar supaya tak mudah lembik dan sedap rasanya.
  • Boleh tuang sedikit minyak atas telur yang dipecahkan supaya kuey teow goreng tak lembik dan telur hancur dan sedikit “garing”.
  • Bila dah masukkan kuchai, jangan goreng lama sangat nanti sayur kuchai jadi liat.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Kedua Kuey Teow Goreng

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus kuey teow
  • 3 camca besar minyak masak
  • 200 gram isi ayam/udang
  • 2 fillet fish cake dipotong dadu
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit ikan bilis (20g)
  • segenggam daun kuchai
  • sedikit taugeh
  •  sos tiram
  • kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan

 

Cara Penyediaan:
  1. Tumbuk kasar ikan bilis,bawang besar dan bawang merah. (Anda juga boleh guna mesin pengisar kasar).
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk kasar dan cili kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam/udang dan fish cake.
  3. Masukkan kicap dan sos tiram serta sos ikan. Biarkan sehingga kering sedikit dan kemudian masukkan telur, kacau hancur. Masukkan kuey teow dan kacau sehingga sekata.
  4. Masukkan sayur taugeh dan kuchai. Garam dan gula secukup rasa. Goreng selama 5-8 minit. Siap dihidang.
  5. Nota: Sos ikan adalah masin. Perlu berhati-hati untuk perasakan garam.

 

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment