Resepi Cempedak Goreng paling mudah dan rangup, rugi kalau tak cuba!

Bayangkan gigitan pertama Cempedak Goreng yang rangup di luar, lembut dan manis di dalam; sudah pasti membangkit selera. Namun, bagaimanakah caranya agar setiap gigitan membawa anda ke syurga keenakan yang sama?

Ini bukan sekadar resepi biasa, ini adalah pintu gerbang kepada nikmat Cempedak Goreng yang tak terkata; resepi yang akan mengubah hala tuju hidangan pencuci mulut anda selama-lamanya. Mari belajar bersama-sama!

Cempedak Goreng

Resepi Cempedak Goreng paling mudah dan rangup, rugi kalau tak cuba!

 

Pernah tak rasa kecewa bila cuba buat cempedak goreng tapi hasilnya tak jadi seperti yang diimpikan? Saya pun sama! Sebelum ni, setiap kali goreng cempedak, mesti tak garing dan rasa tak cukup sedap. Tapi, lepas cuba resepi baru ni, memang tak sangka! Cempedak goreng saya jadi super rangup, macam beli di pasar malam. Memang tak sia-sia mencuba resepi ni, sampai jiran sebelah pun tanya apa rahsianya. Jangan lepaskan peluang untuk cuba resepi cempedak goreng yang pasti membuatkan anda terliur dan ketagih setiap kali mencuba. Percayalah, lepas ni tak perlu keluar rumah lagi untuk beli cempedak goreng!

 

Resepi Pertama Cempedak Goreng

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar majerin
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2-1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar air kapur
  • 1 cawan air sejuk
  • 1/4 cawan air sejuk (tambah sikit-sikit)

 

Cara Penyediaan:
  1. Bancuh kapur makan dengan sedikit air.
  2. Cairkan majerin .
  3. Masuk tepung beras dalam mangkuk dan tuang majerin cair, garam, gula, serbuk kunyit dan air sejuk. Kacau sebati.
  4. Masukkan air kapur makan dan gaul sampai hilang ketul-ketul tepung.
  5. Panaskan minyak.
  6. Celup cempedak dalam adunan tepung dan goreng.
  7. Bila dah garing, boleh angkat dan toskan minyak.

 

Tip Masakan:

 

  • Sebelum kupas cempedak, gris minyak pada papan potong dan tangan untuk elak getah melekat.
  • Kapur makan fungi nak bagi rangup la cucur nanti.
  • Minyak kena banyak, agak-agak tengelam, kalau sikit sangat nanti hasil gorengan tak melekat elok.
  • Jangan rendam cempedak lama-lama dalam adunan tepung, nanti isi cempedak jadi lembik, nak dekat nak goreng baru kita celup.
  • Minyak kena maintain panas, biar berdesir bunyi masa goreng tu, kalau kurang panas nanti tepung tertanggal dan kurang rangup.
  • Masa goreng jangan isi penuh-penuh, kalau penuh nanti suhu akan drop.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Kedua Cempedak Goreng

  • Masa Penyediaan: 10 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 3 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Cempedak secukupnya
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil kunyit

 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung beras soda bikarbonat, kunyit dan garam
  3. Masukkan telur dan tuang air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan tangan
  4. Kacau sehingga adunan betul2 sebati dan tidak berketul
  5. Adunan tidaklah perlu terlalu cair atau terlalu pekat.
  6. Celupkan buah cempedak di dalam adunan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat dan anda perlu mengacau sehingga tepung betul betul garing.
  7. Angkat dan toskan di atas kertas tisu

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment