Sedap gila! Resepi Butter Prawn ini pasti buat anda tak nak berhenti makan!

Sudah cuba pelbagai resepi tapi masih belum jumpa yang betul-betul “wow”? Ini adalah penyelesaian yang anda cari!

Rahsia di sebalik keenakan Butter Prawn ini pasti buat anda tak nak berhenti makan! Ketahui langkah demi langkah dan bahan rahsia yang akan membuatkan setiap suapan terasa ‘heavenly’.

Resepi Butter Prawn

Sedap gila! Resepi Butter Prawn ini pasti buat anda tak nak berhenti makan!

 

Baru-baru ni, saya terjumpa satu resepi yang dikatakan milik chef terkenal. Katanya, resepi Butter Prawn ni mampu menandingi hidangan restoran lima bintang! Jadi, saya pun beranikan diri untuk mencuba.

Masa pertama kali mencuba resepi ni, saya terkejut besar! Rasa butter yang pekat meresap sempurna dalam setiap gigitan udang, dan aroma daun kari serta cili padi yang mengiringi setiap suapan betul-betul membuatkan saya tergamam. Dah macam makan di restoran mewah!

Tak sia-sia saya habiskan masa di dapur, resepi ni memang berbaloi dicuba dan sesuai untuk pelbagai majlis. Kalau anda nak cuba sesuatu yang memang padu dan tak lapuk dek zaman, Butter Prawn ni lah jawapannya!

 

Resepi Butter Prawn

  • Masa Penyediaan: 20-25 minit
  • Masa Memasak: 25 minit
  • Jumlah Hidangan: 7 ekor udang besar

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk telur bersarang:
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 tangkai cili padi
    • sedikit garam
    • ½ sudu kecil serbuk pati ayam
    • 1 sudu kecil gula
    • 1 tangkai daun kari
    • 1 ½ cawan minyak masak
    • 50g / 3 sudu besar mentega
    • 5 biji telur kuning

 

  • Bahan-bahan untuk udang goreng:
    • 7 ekor udang besar
    • 2 sudu besar tepung jagung
    • sedikit garam
    • 1 cawan minyak masak

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk udang goreng:
    1. Gaul sekata udang bersama tepung jagung dan sedikit garam.
    2. Goreng udang sehingga kekuningan dengan api yang kuat dalam beberapa minit sahaja, lalu angkat dan toskan minyak.

 

  • Cara-cara untuk telur bersarang:
    1. Kacau telur kuning dan tapis.
    2. Masukkan minyak dan mentega lalu buka api perlahan. Panaskan dan kacau sehingga mentega cair.
    3. Tuang adunan telur kuning dengan tinggi jarak lebih kurang 2 kaki daripada kuali sambil mengacau gorengan telur. Tuang telur sedikit demi sedikit.
    4. Kuatkan api. Goreng dan kacau perlahan sehingga buih-buih kecil terhasil.
    5. Masukkan bawang putih cincang, potongan cili padi,daun kari, sedikit gula dan garam secukup rasa serta serbuk pati ayam.
    6. Sambung goreng sehingga masak, berbuih dan naik bau, lalu masukkan udang goreng. Kacau bahan lebih kurang 30 saat.
    7. Tapis kesemua bahan untuk toskan minyak sehingga kering.
    8. Selepas kering, udang goreng butter siap untuk dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Selain mentega, boleh juga digantikan dengan marjerin.
  • Bagi memastikan sama ada minyak sudah cukup panas adalah dengan celupkan hujung chopstik didalam minyak, jika berbuih bermakna minyak sudah cukup panas dan sedia untuk menggoreng.
  • Pastikan udang tidak terlebih masak apabila digoreng, cukup sekadar garing diluar tetapi didalam tidak terlalu masak.
  • Minyak gorengan udang boleh disimpan sebagai kegunaan masakan lain.
  • Bagi gorengan telur bersarang, wajib menggunakan minyak baru.
  • Pastikan tuang telur dengan tinggi dan jatuh bertali halus kedalam kuali sambil mengacau gorengan telur dengan putaran ataupun membulat pada satu arah.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Sumber: Che Nom

 

Rujuk resepi lain:

Leave a Comment