Adakah anda sudah bersedia untuk mencuba resepi kek yang akan membuatkan anda terpaku di dapur?
Basque Burnt Cheesecake ini bukan sahaja mudah disediakan, tetapi rasanya juga mampu membuatkan anda terlupa untuk berkongsi dengan orang lain. Apakah rahsia di sebalik kehebatan kek ini? Teruskan membaca untuk mengetahuinya!
Resepi Basque Burnt Cheesecake Ini Buat Anda Teruja Hingga Terlupa Nak Simpan Untuk Esok!
Baru-baru ini saya cuba buat Basque Burnt Cheesecake di rumah, tapi hasilnya macam kek biasa je. Semua dah ikut resepi, tapi rasa dan teksturnya tak memuaskan. Tapi kali ini, saya jumpa resepi baharu yang sangat mudah dan hasilnya luar biasa! Memang tak sia-sia cuba resepi ni, rasa kek sama macam di bakery 5 bintang! Anda kena cuba buat sendiri dan rasai perbezaannya!
Resepi Basque Burnt Cheesecake
- Masa Penyediaan: 20 minit
- Masa Memasak: 45-50 minit
- Jumlah Hidangan: 5-6 orang
Bahan-bahan:
- 500g krim keju
- 2/3 cawan /150g gula kastor
- 4 biji telur saiz B (Saiz A 3 biji)
- 1 cawan /250ml whipping cream
- 2 sudu besar /15g tepung gandum
- 1/4 sudu kecil garam halus
- 1 sudu besar jus lemon
Cara Penyediaan:
- Potong creamcheese kepada blok kecil dan biarkan di luar supaya lembut sikit.
- Pecahkan telur (gred B 4 biji atau gred A 3 biji).
- Sukat whipping cream.
- Perah jus lemon.
- Sapu loyang (7 atau 8 inci) dengan magerin atau mentega.
- Lapik loyang dengan kertas baking 2 lapisan, tak perlu kemas dan che nom tak potong atau lipat kertas ke bawah.
- Bagi yang guna stand mixer, guna paddle attachment, tak perlu whisk attachment, nak guna hand mixer pon boleh.
- Mula mengadun, pukul creamcheese dan gula kastor sehingga lembut.
- Bila adunan mula sekata, masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Berhenti sekejap dan kaupkan bahagian bawah adunan (supaya tiada yang terlekat dan sekata).
- Sambung mengadun.
- Masukkan whipping cream.
- Masukkan tepung gandum, sedikit garam dan jus lemon (utk kurangkan muak dan hilangkan hanyir telur).
- Bila adunan sekata, tuang adunan kedalam loyang.
- Bakar pada suhu 200 degree celcius selama 45-50 minit.
- Bila permukaan burn, cheesecake naik tinggi dan crack di tepi, boleh keluarkan dari oven.
- Sejukkan dalam peti sejuk.
- Pastikan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong, bahagian tengah akan turun dan mendap sikit bila sejuk sepenuhnya.
Tip Masakan:
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, kalau tidak adunan akan berketul-ketul dan berair, susah nak sebati.
- Tip untuk siapa yang beli cream cheese blok yang besar, potong dengan pisau yang kering kemudian balut rapat dengan plastic wrap. Jangan bagi ada udara yang tertinggal. Cream cheese tak boleh simpan dalam freezer, nanti jadi pecah berketul.
Rujukan video penyediaan:
Sumber: Che Nom