Resepi Ayam Goreng Berempah : Tips supaya berempah dan sedap!

Sudah bosan dengan ayam goreng biasa? Bersiaplah untuk menggoyangkan selera anda dengan rahsia di sebalik resepi Ayam Goreng Berempah yang akan mengubah hidangan sehari-hari anda!

Resepi Ayam Goreng Berempah

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Ayam Goreng Berempah yang crunchy & gerenti sedap!

 

Bayangkan kehangatan rempah-rempah yang harum meresap ke dalam setiap serat daging ayam, garing di luar namun begitu lembut di dalam, menyatu dalam harmoni rasa yang membangkitkan setiap deria. Ayam Goreng Berempah bukan sekadar sajian, ia adalah kisah cinta antara rempah-ratus yang terpilih dan kelembutan ayam yang sempurna, disajikan dalam gigitan yang melimpah dengan kepuasan. Mari kita selami bersama rahsia di balik resepi yang akan membuat setiap santapan menjadi momen tak terlupakan.

 

Resepi Pertama Ayam Goreng Berempah

  • Masa Penyediaan: 1 jam
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 10 orang

 

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih*
  • 5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus
  • garam secukup rasa
  • 5 tangkai daun kari

 

Bahan-bahan untuk kisar halus:

    • 6 ulas bawang putih
    • 5 biji bawang merah
    • 3 inci halia

 

Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
  3. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.

 

Tip Masakan:
  • Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
  • Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.

 

 

Resepi Kedua Ayam Goreng Berempah

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 5-6 orang makan

 

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk kisar:
    • 6 ulas bawang putih
    • 4 biji bawang merah kecil
    • 1 biji bawang besar
    • 2 inci halia
    • 5-6 batang serai
    • 1 inci lengkuas
    • Sedikit air

 

  • Bahan-bahan untuk lain-lain:
    • 2 sudu besar biji ketumbar
    • 1 ekor ayam
    • 1.5 sudu besar rempah kari
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
    • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
    • 2-3 sudu kecil garam
    • 1 sudu besar sos tiram
    • Daun kari
    • 2-3 sudu besar tepung beras
    • 2 sudu kecil serbuk perasa

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk perap ayam:
    1. Cincang kasar bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar, halia dan lengkuas (pilihan).
    2. Serai trim buang bahagian keras dan buang lapisan kulit luar yang layu atau kering. Potong serai anggaran 2-3 cm.
    3. Masukkan kesemua bahan potong tadi dalam blender. Tambah sedikit air dan kisar halus.
    4. Tumbuk kasar biji ketumbar (kalau nak kisar sekali dengan bahan potong tadi atau guna serbuk ketumbar pon boleh tapi guna yang biji sebab nak texture kasar-kasar sikit).
    5. Untuk ayam, bahagian paha kelar sikit sebab bahagian ni lambat masak takut berdarah lagi bila goreng nanti.
    6. Perap ayam dengan rempah kari, serbuk cili (boleh ganti cili kisar), serbuk kunyit, serbuk jintan manis, garam, sos tiram, biji ketumbar, serbuk seasoning, daun kari dan bahan kisar halus.
    7. Gaul sebati kesemua bahan.
    8. Tambah sedikit tepung beras (tips untuk bahan perapan melekat lebih elok) dan sedikit air. Sambung gaul.
    9. Dah siap gaul boleh tutup dan perap minimum 1/2 jam, lagi lama lagi baik seelok-eloknya semalaman.

 

  • Cara-cara untuk goreng:
    1. Panaskan minyak dan goreng ayam.
    2. Boleh alihkan ayam dan kacau-kacau sikit.
    3. Bila ayam dah garing boleh angkat dan toskan minyak.
    4. Kaup keluar rempah yang mendap dalam kuali sebelum goreng ayam batch kedua.
    5. Ulang goreng ayam sampai habis.
    6. Boleh goreng daun kari dan baki rempah perapan sebagai hiasan.

 

Sumber: Che Nom

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment