Anda tak ada oven di rumah? Jangan risau! Anda wajib cuba resepi ayam bakar ini yang dijamin buat anda menelan air liur. Psst… Jiran sebelah pun boleh jeles! Nak tahu rahsianya?
Baca resepi ini sekarang dan saksikan transformasi ayam biasa kepada hidangan sensasi yang memukau!
Tak Ada Oven? No Problemo! Jom Cuba Resepi Ayam Bakar Yang Buat Jiran Sebelah Jeles
Hari tu, teringin sangat nak buat ayam bakar tapi sedih sebab tak ada oven. Habis kecewa sekejap. Tapi dengan resepi baru ni, tak perlu risau lagi! Guna kuali je pun boleh jadi ayam bakar yang sama sedap macam kat restoran.
Resepi ni memang dahsyat, sampai jiran sebelah pun terhidu bau dan terus datang bertanya! Kalau tak cuba memang rugi besar. Ikuti resepi dibawah untuk buat ayam bakar yang confirm sedap dan senang nak buat ni!
Resepi Ayam Bakar Tanpa Oven
- Masa Penyediaan: 30 minit
- Masa Memasak: 30-40 minit
- Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk perapan:
- 3 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 4 cili merah besar
- 2 sudu besar biji ketumbar
- 4 sudu besar minyak masak
- Sedikit air
- 1 kilo ayam
- 2-3 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos tiram
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar madu
- 1 cawan air
- Bahan-bahan salutan:
- 1 sudu besar minyak masak
- 1-2 sudu besar madu
- 1/2-1 sudu besar kicap pekat manis
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk penyediaan bahan:
- Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan kunyit.
- Cili merah besar pon potong kasar. Kalau nak ganti cili kering pun boleh.
- Masukkan biji ketumbar, minyak masak, sedikit air dan semua bahan potong kasar dalam blender.
- Lepastu kisar halus.
- Cara-cara untuk perap ayam:
- Kelar sikit ayam bahagian paha.
- Perap ayam, dengan bahan blend halus tadi.
- Tambah sos tiram, garam, sedikit madu dan kicap manis sikit (jangan banyak nanti jadi ayam bakar kicap pulak).
- Gaul sebati
- Perap anggaran setengah jam.
- Cara-cara untuk rebus ayam:
- Masukkan ayam dalam kuali, masuk dengan kuah perapan tu sekali.
- Masukkan 1 cawan air (Kocak dulu air dengan bekas perap ayam tadi).
- Lepas tu reneh perlahan-lahan sampai ayam masak.
- Dah lepas 10-15 minit, boleh terbalikkan ayam dan sambung lagi rebus.
- Bila ayam dah masak, boleh angkat ayam, tak perlu rebus lama takut hancur isi.
- Kuah yang tinggal, kita sambung reneh sampai pekat.
- Bila kuah dah pekat, tuang masuk balik ayam dan gaul rata.
- Cara-cara untuk grill ayam:
- Sebelum grill ayam, kita sediakan bahan untuk kita sapu masa grill nanti. Campurkan sedikit minyak masak, kicap dan madu. Kacau sebati dan siap.
- Drizzle minyak sikit atas kuali.
- Bila kuali dah betul-betul panas, susun ayam, api perlahan je.
- Bila bahagian bawah dah garing, boleh terbalikkan.
- Boleh lah sapu dengan bahan yang kita gaul tadi.
- Kemudian terbalikkan lagi sekali, dan sapu lagi.
- Lepas dah sapu bancuhan madu tu, mamang tak boleh bakar lama sebab cepat hangus ada madu.
- Bila dah berkilat elok ayam grill ni, boleh lah angkat.
Tip Masakan:
- Kalau tawar tambah garam sikit, tapi jangan terasa sangat garam tu sabab kita masak sampai marinade ni pekat, takut masin jadiknya.
- Lepas reneh ayam 10-15 minit, boleh tengok paha ayam dah keluar mcm cecair gelap, maknannya dalam tu dah mulai masak. Kalau merah lagi tu, tak masak lagi lah dalamnya.
- Tak perlu rebus ayam lama-lama sebab nak elak ayam lembut sangat. Lepas rebus kan nak grill pulak.
- Ayam ni dah masak dalamnya, jadi kita grill ni sebab nak ambik aroma grill tu saja, dan juga rupa pun nampak menyelerakan.
- Masak gill, lepas dah sapu bancuhan madu tu, mamang tak boleh bakar lama sebab cepat hangus ada madu.
Rujukan Video Penyediaan:
Sumber: Che Nom