Tak Perlu Terbang Ke Jakarta! Resepi Asli Bakso Indonesia Yang Pasti Buat Terpegun!

Ingin tahu bagaimana resepi asli bakso yang sempurna dan lazat seperti di Indonesia? Ayuh baca dan ketahui rahsia yang bakal mengubah cara anda menikmati makanan tradisional ini selamanya!

Resepi Asli Bakso Indonesia

Tak Perlu Terbang Ke Jakarta! Resepi Asli Bakso Indonesia Yang Pasti Buat Terpegun!

 

Hari tu cuba buat bakso guna resepi yang jumpa kat internet, tapi rasanya tak berapa menjadi. Bakso jadi keras dan kuahnya kurang ‘kick’. Tapi lepas saya cuba resepi baru ni, rasa bakso sama macam dekat gerai-gerai tepi jalan di Indonesia!

Tak sia-sia cuba resepi asli bakso indonesia ni, aroma rempahnya memang padu, dan kuahnya pekat serta penuh dengan rasa asli! Anda wajib cuba resepi ni kalau nak rasa bakso yang sebenar-benar sedap!

 

Resepi Asli Bakso Indonesia

Resepi Bakso (Bebola Daging)
Bahan-bahan:
  • 500 gram daging lembu kisar
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil garam
  • 90ml air sejuk (air peti sejuk)
  • 1 biji putih telur
  • 5 sudu besar tepung ubi
  • 2 ulas bawang putih titumbuk

Cara Penyediaan:
  1. Gunakan mangkuk besar, satukan tepung ubi dan baking powder. Ketepikan.
  2. Kisar halus daging lembu kisar bersama sedikit air.
  3. Daging halus tadi letakkan bawang putih, putih telur, serbuk lada putih dan garam. Uli sehingga sebati.
  4. Bila dah siap uli, campurkan dengan bahan tepung ubi dan baking powder tadi. Uli lagi sampai sebati.
  5. Simpan dalam bekas dan tutup dengan plastik, masukkan dalam peti ais selama 3o minit.
  6. Bila doh dah sejuk sikit, cubit sedikit dan bentukkan bulat bakso. Kemudian rebus seketika.
  7. Bila bakso dah terapung, maknya bakso dah masak.

 

Resepi Kuah Bakso
Bahan-bahan:
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 3 sudu besar garam
  • 2 liter air
  • 2 batang daun bawang
  • 500 grm tulang daging lembu

Cara Penyediaan:
  1. Rebus air sehingga mendidih dan masukkan tulang lembu. Biar dalam 30 minit.
  2. Kemudian masukkan bawang putih yang sudah dihaluskan.
  3. Masukkan daun bawang, garam dan serbuk lada putih.

 

Resepi Sambal Bakso
Bahan-bahan:
  • 1 paket cili padi
  • Lada kering
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula

Cara Penyediaan:
  1. Cili padi direbus bersama lada kering. Kemudian kisar bersama bawang putih.
  2. Rebus bahan kisar tadi, masukkan garam, ajinamoto dan gula secukup rasa.
  3. Tunggu sehingga mendidih dan siap!
  4. Sedia untuk dimakan bersama mee kuning atau mihun. Selamat mencuba!

 

Resepi Bakso Indonesia

Bahan-bahan bakso
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada putih
  • Buah keras
  • 4 sekawan
  • 2 batang serai
  • Daging
  • Bebola
  • Akar daun sup
  • 2 kiub daging
  • Perasa

 

Bahan-bahan sambal
  • Cili api segenggam
  • Cuka
  • 3 ulas bawang putih

 

Cara buat bakso Indonesia
  1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, halia, lada putih dan buah keras.
  2. Kemudian, tumiskan dan masukkan herba 4 sekawan, 2 batang serai lalu tumis sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging dan bebola. Jika ada akar daun sup, boleh masukkan supaya sup harum.
  4. Selepas itu, masukkan 2 kiub daging dan perasa.
  5. Setelah itu, untuk sambalnya pula, kisarkan cili api segenggam cuka dan 3 ulas bawang putih dan sedikit perasa.
  6. Akhir sekali, boleh gunakan apa sahaja jenis mee kesukaan anda.

 

Sumber:

 

Baca resepi lain:

Leave a Comment