Bantuan RM500 Untuk Warga Emas: Kerajaan Sarawak Memperkenalkan Skim SCHB

Mulai 1 Julai 2024, Program Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) akan diimplementasikan oleh Kerajaan Sarawak. Dapatkan maklumat lengkap di sini. Skim yang mendapat sokongan daripada 88 klinik swasta di Sarawak ini, bertujuan untuk memberikan manfaat kesihatan kepada warga emas melalui inisiatif terbaru kerajaan negeri ini.

Baca Juga : Semakan nama penerima Bantuan OKU 2024

PROGRAM SKIM FAEDAH KESIHATAN WARGA EMAS SCHB

schb

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

Kerajaan Negeri Sarawak akan melancarkan Program Bantuan Kesihatan untuk Warga Emas bermula 1 Julai 2024 sebagai inisiatif untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di kalangan warga emas. Program ini akan dikenali sebagai Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) dan mendapat sokongan daripada 88 klinik swasta sekitar Sarawak, yang telah bersepakat untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian penyedia perkhidmatan kesihatan di bawah skim ini.

Menurut Menteri Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah, skim ini khusus diwujudkan bagi membantu warga emas yang tergolong dalam kategori pendapatan B40 dan M40, dengan menyediakan bantuan kesihatan sehingga RM500. Tujuan utama skim ini ialah untuk mengurangkan beban perbelanjaan kesihatan warga emas serta mengalihkan beban trafik pesakit dari hospital kerajaan ke klinik swasta, sehingga membantu hospital kerajaan untuk fokus kepada kes kecemasan.

Warga emas yang layak untuk mendapatkan manfaat dari program ini ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas, merupakan warganegara Malaysia dengan kad pengenalan berstatus ‘K’, dan mempunyai pendapatan bulanan isi rumah RM7,000 atau kurang. Peserta program ini tidak boleh menerima bantuan kewangan dari program lain agar kelayakan mereka dalam program ini tidak terjejas.

Baca Juga : PeKa B40: Cara Semak Kelayakan

Melalui SCHB, warga emas boleh mendapatkan rawatan untuk pelbagai masalah kesihatan ringan seperti demam, selesema, sakit kepala, cirit-birit dan muntah, terseliuh, alahan kulit ringan, gout, dan luka ringan di klinik swasta yang terlibat. Selain itu, perkhidmatan gigi juga disediakan seperti cabutan, tampalan, dan juga gigi palsu, dengan syarat kos tidak melebihi RM500 yang diperuntukkan. Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa program ini tidak merangkumi perkhidatan rawatan susulan untuk penyakit kronik, rawatan estetik, penggunaan ambulans, atau perkhidmatan kesihatan yang memerlukan sampel untuk dihantar ke makmal. Pesakit perlu hadir secara fizikal ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Sistem SCHB ini akan dilancarkan secara rasmi oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Hari Sarawak yang jatuh pada 22 Julai 2024 di Bintulu. Fasa pertama pelaksanaan SCHB akan bermula pada Julai 2024 dan dianggarkan akan memberi manfaat kepada 91,667 warga emas dalam kumpulan B40 dan M40. Bagi yang berminat, kelayakan dan cara memohon boleh disemak secara online melalui portal rasmi kerajaan negeri Sarawak di sarawak.gov.my.

Kesungguhan kerajaan dalam memberi sokongan kepada warga emas melalui program ini adalah langkah terpuji dan sememangnya sangat ditunggu-tunggu oleh komuniti warga emas di Sarawak.

Sumber: Utusan Borneo

Baca Juga : Cara Mohon Bantuan Sihat Selangor Online 2024

Leave a Comment