Mahu tahu rahsia pilih ketam yang juicy dan manis? Penjual ketam pun belum tentu tahu! Ikuti 8 tips eksklusif ini yang pasti membuatkan anda takkan menyesal.
Dari warna cengkerang hingga cara mengenal ketam ‘juara’, semua ada di sini. Jangan biarkan diri anda tertipu lagi, baca sekarang dan jadikan masakan ketam anda luar biasa!
Nak Pilih Ketam Yang Juicy dan Manis? Ikuti 8 Tips Ini, Confirm Tak Menyesal!
Ketam memang menjadi pilihan ramai, terutamanya bagi mereka yang menggemari makanan laut. Walaupun ketam bukanlah hidangan makanan laut yang dihidangkan setiap hari, bila sesekali memasak, pastinya kita inginkan rasa yang sedap dan memuaskan. Di sini, kami kongsikan tips untuk memilih ketam yang segar agar anda tidak menyesal bila tersalah pilih nanti!
Tips Pilih Ketam Segar, ‘Manis’ & Banyak Isi
Memilih ketam yang segar ada caranya tersendiri agar wang yang dikeluarkan berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan ketika membeli ketam:
1. Waktu Membeli
Beli ketam pada waktu selepas bulan mengambang penuh kerana pada waktu ini, isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tetapi percayalah bahawa memang ada perbezaannya.
2. Warna Cengkerang
Apabila membeli ketam, khususnya ketam bunga, perhatikan warna cengkerangnya, terutama di bahagian atas dan juga pada sepit. Ketam yang masih segar biasanya menunjukkan warna kebiruan pada cengkerangnya.
3. Pilih Ketam Berat
Pilihlah ketam yang lebih berat berbanding yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam yang lebih berat biasanya menunjukkan isinya padat. Anda boleh timang-timang sikit ketam tersebut untuk menganggarkan beratnya.
4. Lihat Belakang Ketam
Kesegaran ketam juga boleh dikenal pasti dengan melihat belakang ketam. Jika bentuk tiga segi di belakang ketam masih kuat melekap, ia menandakan ketam tersebut segar.
5. Bau Laut
Ketam yang segar biasanya mempunyai bau laut yang ketara. Hindari ketam yang berbau hanyir atau tidak menyenangkan.
6. Cukup Sifat
Pastikan ketam masih cukup sifatnya. Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam masih ada lagi. Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7. Pilih Ketam Betina
Jika ada pilihan, pilihlah ketam betina. Ketam betina biasanya mempunyai lebih banyak isi dan telur. Cara mengenali ketam betina adalah dengan melihat bahagian belakang badan ketam yang biasanya lebih lebar, bulat dan tidak tirus. Ketam betina juga mempunyai sepit yang lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan, yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina berwarna kelabu-coklat, manakala ketam jantan berwarna putih-kebiruan.
8. Tiada Tompok-Tompok
Bahagian bawah ketam yang segar biasanya putih bersih. Jika terdapat tompok-tompok atau warna selain putih, ini menandakan ketam tersebut kurang segar.
Semoga tips ini bermanfaat untuk anda dalam memilih ketam yang segar dan berkualiti.
Sumber: Sirap Limau