Panduan Rasmi Permohonan MRSM 2025 bagi Pelajar Tingkatan 1 dan 4

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 sesi 2025 kini dibuka mulai 6 Ogos hingga 6 September 2024! MARA mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pengenalan Tentang MRSM

MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk menyediakan kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang cerdas dan berpotensi tinggi. Kerajaan mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke MRSM tanpa mengira aliran sekolah, selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Program Yang Ditawarkan Di MRSM

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, inovatif, dan berintegriti. Terdapat enam program di MRSM:

  1. Premier: Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan MARA.
  2. Ulul Albab: Gabungan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.
  3. IGCSE: Menawarkan dua sijil iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM.
  4. IB MYP: Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM.
  5. Teknikal: Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan.
  6. PKP: Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM.

Cara Permohonan MRSM 2025

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi MARA mulai 6 Ogos hingga 6 September 2024. Calon hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum mengisi borang permohonan.

Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

  1. Pergi ke laman web rasmi MARA.
  2. Klik pada Permohonan Tingkatan 1 atau Permohonan Tingkatan 4.
  3. Daftar pengguna baru jika belum berbuat demikian.
  4. Log masuk dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  5. Semak dan tandakan perakuan sebelum menghantar borang.
  6. Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi.

Syarat Kemasukan Umum

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon memohon secara dalam talian.
  4. Calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
  5. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2012 hingga 1 Jan 2013 (Tingkatan 1) atau 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 (Tingkatan 4).
  7. Ibu bapa/ penjaga tidak disenarai hitam oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Semua calon perlu menduduki UKKM yang meliputi subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains, dan Keperibadian. Bagi pemohon program Ulul Albab, terdapat juga Ujian Khas Ulul Albab. UKKM dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.

Lokasi MRSM

Terdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat dan pilihan program MRSM serta soalan lazim (FAQ), calon boleh merujuk pautan berikut:

Berminat? Kemukakan permohonan melalui portal MARA atau talian utama di 03-261 32000. Sila pastikan semua maklumat diisi dengan tepat dan sahih.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari Laman Web Rasmi MRSM.

Permohonan MRSM kini di hujung jari anda, rebutlah peluang ini untuk masa depan yang lebih cemerlang!

 

Leave a Comment