Info Trafik Terkini: Penutupan Sementara Tiga Jalan Utama di Putrajaya Sempena Hari Pahlawan

Sempena Sambutan Hari Pahlawan, penutupan sementara tiga jalan utama di Putrajaya pada hari Rabu ini. Ketahui maklumat lanjut mengenai jalan yang terlibat dan tempoh penutupan untuk merancang perjalanan anda dengan lebih baik.

Penutupan Sementara Tiga Jalan Utama di Putrajaya

Info Trafik Terkini: Penutupan Sementara Tiga Jalan Utama di Putrajaya Sempena Hari Pahlawan

 

Sempena sambutan Hari Pahlawan yang akan diadakan di Laman Putra 4, Presint 1, Putrajaya pada hari Rabu ini, sebanyak tiga laluan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup secara berperingkat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan bahawa jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur, dan laluan di sekitar Kompleks E.

Penutupan sementara ini akan bermula pada jam 7.30 pagi dan pembukaan semula laluan-laluan ini akan dilakukan secara berperingkat sebaik sahaja tetamu kehormat telah tiba dan selamat menghadiri majlis tersebut, mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tambah beliau, kenderaan yang menggunakan Bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan diberhentikan seketika semasa lagu Negaraku berkumandang dan laluan akan dibuka semula setelah acara tembakan meriam dilakukan.

Dalam kenyataan hari ini, beliau juga menyatakan bahawa JSPT akan menempatkan seramai 82 pegawai dan anggota untuk mengawal lalu lintas sepanjang program tersebut berlangsung.

Pengguna jalan raya, terutama mereka yang akan melalui kawasan penutupan, dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan tiba awal di pejabat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-8886 2138. Mereka juga boleh menghubungi Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/69 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

 

Sumber: malaysiagazette

 

Baca info lain:

Leave a Comment