Penutupan 21 Jalan Utama di Putrajaya Bagi Raptai Hari Kebangsaan Pada 27 Ogos

Penutupan 21 jalan utama di Putrajaya bagi raptai Hari Kebangsaan pada 27 Ogos. Pastikan anda merancang perjalanan anda lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Penutupan 21 Jalan Utama di Putrajaya

Penutupan 21 Jalan Utama di Putrajaya Bagi Raptai Hari Kebangsaan Pada 27 Ogos

 

Sebanyak 21 jalan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 27 Ogos ini bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut infografik di laman rasmi Facebook Merdeka360, yang merupakan sumber maklumat berkaitan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, penutupan 21 jalan tersebut akan bermula dari pukul 5 pagi hingga 11 pagi setiap hari sehingga 29 Ogos.

Antara jalan yang terlibat ialah Laman Perdana, Lebuh Wawasan dan Lebuh Bestari (arah Jalan Tun Abdul Razak), Jalan P2K, Jalan Pembangunan, Jalan P3C, Jalan P3F, Jalan P4B, serta Lingkaran Gemilang1 (arah Persiaran Perdana). Pada 30 dan 31 Ogos pula, terdapat 10 lagi jalan utama di sekitar Putrajaya yang akan ditutup, bermula dari 7 petang sehingga sambutan Hari Kebangsaan selesai.

Laluan tambahan yang terlibat termasuk Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (arah Lebuh Saujana), Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (arah Lebuh Wawasan), Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (susur ke Laman Perdana), Jalan Presint 18 (arah Lebuh Bestari), Jalan Presint 18, Lebuh Setia dan Lebuh Saujana (arah Jalan Tun Hussein), serta Jalan Presint 5 (arah Lebuh Gemilang Perdana).

Pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan untuk memastikan perjalanan yang lancar dan selamat.

Senarai penuh penutupan jalan terlibat boleh disemak menerusi pautan berikut: https://www.facebook.com/share/jpXhCx5yM67GqwqP/?mibextid=CTbP7E.

Selain itu, orang ramai boleh melayari laman sesawang Merdeka360 di www.merdeka360.my atau mengunjungi laman media sosial mereka di Facebook, Twitter, dan juga X bagi memperoleh maklumat lanjut berkaitan sambutan Hari Kebangsaan.

Sumber: Astro Awani

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment