Peluang kerjaya sebagai Jurulatih PLKN 3.0 membuka peluang bagi individu yang berminat untuk membimbing generasi muda Malaysia. Ketahui syarat-syarat dan cara-cara untuk memohon sekarang!
Peluang Kerjaya Sebagai Jurulatih PLKN 3.0 – Syarat dan Cara Permohonan
Permohonan bagi menjadi Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kini dibuka untuk tahun 2025. Bagi anda yang berminat untuk menyertai program ini, permohonan perlu dibuat secara atas talian dan sila rujuk iklan pengambilan serta maklumat lengkap di bawah.
Pengenalan PLKN 3.0
PLKN 3.0 diperkenalkan pada bulan Disember 2003 sebagai sebuah program yang menyediakan latihan komprehensif selama tiga bulan. Modul latihan ini merangkumi:
- Latihan Fizikal
- Kenegaraan
- Pembinaan Karakter
- Khidmat Komuniti
Struktur Latihan Khidmat Negara terdiri daripada latihan asas ketenteraan termasuk aspek kepimpinan, ketahanan diri, dan keyakinan serta aktiviti kawad asas. Aktiviti menarik lain yang disertakan adalah abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, dan pengenalan kepada ikhtiar hidup seperti jungle tracking dan menyeberang sungai. Selain itu, peserta turut diberi pengenalan kepada penggunaan senjata api.
Elemen Kenegaraan/Pembentukan Watak pula melibatkan pembelajaran tentang sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, serta isu keselamatan dan ancaman antarabangsa.
Elemen Khidmat Masyarakat diatur untuk melibatkan peserta dalam pelbagai aktiviti masyarakat seperti kebersihan di pusat latihan, khidmat komuniti, dan kempen alam sekitar seperti pengkitaran semula. Ada juga aktiviti gotong-royong, projek masyarakat desa, serta taklimat kesihatan dan pendermaan darah.
Pemilihan Jurulatih PLKN 3.0
Menurut Kementerian Pertahanan Malaysia, pengambilan jurulatih baru untuk Program PLKN 3.0 sedang dijalankan. Dua jawatan utama yang ditawarkan melalui kontrak ini adalah:
- Pembantu Belia dan Sukan S1 (Gred S19)
- Penolong Pegawai Belia dan Sukan S5 (Gred S29)
Untuk melayakkan diri bagi jawatan ini, calon perlu memenuhi syarat dan kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan ini boleh didapati daripada sumber rasmi.
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan hendaklah dimasukkan sebelum tarikh tutup iaitu pada 14 November 2024. Mereka yang berjaya memenuhi syarat-syarat permohonan akan dijemput untuk sesi temuduga. Harus diingat bahawa gred jawatan dan pelantikan adalah tertakluk kepada pelaksanaan Skim Perkhidmatan Pekerja Awam (SSPA).
Cara Memohon sebagai Jurulatih PLKN 3.0
Permohonan boleh dilakukan dengan melayari pautan berikut:
Pendaftaran Jurulatih PLKN 3.0 melalui Google Form
Atau, anda boleh imbas kod QR yang disediakan untuk membuat pendaftaran.
Maklumat Lanjut Mengenai Pengambilan Jurulatih PLKN 3.0
Untuk mendapatkan informasi terbaru mengenai pengambilan jurulatih dan pelaksanaan program PLKN 3.0, sila ikuti beberapa saluran rasmi berikut:
JHEV ATM
Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia
Laman Web Rasmi: Kementerian Pertahanan Malaysia