Pasangan Beregu Pearly-Thinaah Merangkul Juara Terbuka Hong Kong 2024

Pasangan beregu Pearly-Thinaah mencipta sejarah dengan menjuarai Terbuka Hong Kong 2024, membawa pulang gelaran berprestij ini untuk Malaysia. Baca kisah kejayaan mereka di sini!

Pearly-Thinaah Merangkul Juara Terbuka Hong Kong

Pasangan Beregu Pearly-Thinaah Merangkul Juara Terbuka Hong Kong 2024

 

Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, berjaya menewaskan beregu China untuk memenangi gelaran Terbuka Hong Kong 2024, sebentar tadi.

Beregu Pearly-Thinaah, yang merupakan pilihan ketiga kejohanan, menunjukkan prestasi cemerlang dengan mengalahkan pasangan No. 3 dunia, Liu Sheng Shu dan Tan Ning, dalam straight set 21-14, 21-14 dalam tempoh 37 minit sahaja.

Kejayaan ini lebih manis kerana ia adalah pentas final kedua berturut-turut Terbuka Hong Kong bagi Pearly-Thinaah. Pada edisi lalu, mereka tewas kepada pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Ramadhanti, dengan skor 14-21, 24-22, 21-9.

Selain itu, beregu No. 8 dunia ini juga mara ke pentas final di kejohanan sebelum ini, iaitu di Terbuka Korea Selatan 2024. Namun, mereka tewas kepada beregu tuan rumah, Jeong Na Eun, dengan skor 21-12, 21-11.

Untuk rekod, Terbuka Hong Kong 2024 adalah gelaran pertama mereka dalam Jelajah Badminton Persekutuan Dunia (BWF) musim ini. – UTUSAN

 

Sumber: Utusan Malaysia

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment