Pernah tak anda terfikir, dengan hanya beberapa bahan yang ada di dapur, anda boleh menyediakan nasi goreng yang menggoda selera seluruh keluarga?
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Resepi Nasi Goreng Sardin paling ringkas dan sedap yang dijamin setiap suapan akan membuat anda teringin tambah lagi!
Resepi Nasi Goreng Sardin paling ringkas dan sedap, semua orang boleh buat!
Hari tu, saya cuba masak nasi goreng biasa, tapi rasanya macam ada yang kurang je. Nak kata salah bahan, semuanya sudah betul. Hati pun terdetik nak cuba resepi baru yang kawan saya sebarkan di WhatsApp, Nasi Goreng Sardin! Serius tak tipu, pertama kali cuba dah rasa macam makan kat kedai.
Resepi ni betul-betul jimat masa dan sesuai sangat untuk orang yang sibuk. Rasa sedap, masa pun pantas, memang berbaloi cuba! Anda yang suka nasi goreng kena cuba resepi ni, confirm tak menyesal!
Resepi Pertama Nasi Goreng Sardin
- Nasi putih – dari 2 pot beras
- 1 tin sardin – saiz sederhana
- 1 sudu besar cili kering kisar
- 2 biji telur
- Sayuran kacang panjang, kubis – jika suka
- 4 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2-3 tangkai cili padi – jika suka pedas
- 2-3 sudu besar ikan bilis
- Garam
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dan goreng ikan sardin tanpa sos. Tutup kuali bagi mengelakkan minyak terpercik. Keluarkan ikan dan hancurkan ikan ikut yang disukai.
- Panaskan minyak dalam kuali lain. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
- Masukkan ikan sardin dan kacau rata. Masukkan telur. Biarkan separuh masak, baru dikacau.
- Masukkan nasi dan kacau rata. Jika tidak cukup garam, boleh tambah garam. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Tip Masakan:
- Jika guna sayur, boleh masukkan selepas nasi dimasukkan.
- Jika suka, boleh masukkan sedikit kicap lemak manis.
Rujukan video penyediaan:
Resepi Kedua Nasi Goreng Sardin
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 biji lobak merah (dihiris) jika suka
- 1 sudu besar cili boh
- 2 biji telur (dipukul)
- 1 tin sardin (asingkan ikan dari sos tomato)
- 1 cawan sawi jika suka
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Dalam kuali yang telah dipanaskan, tumis 1 biji bawang, 1 biji cili merah, 3 ulas bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan 1 biji lobak merah dan gorengkan seketika.
- Masukkan 1 sudu besar cili boh dan gorengkan seketika.
- Tolak isi ke tepi kuali dan masukkan 2 biji telur. Hancurkan telur.
- Masukkan sos tomato sardin. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan 1 cawan sawi dan masak sehingga daun layu.
- Masukkan ikan sardin dan gaul.
- Masukkan nasi sejuk dan gaul sehingga rata.
- Masukkan garam dan lada hitam secukupnya dan gaul sehingga rata.
Sumber: