Panduan Lengkap MyDigital ID HRMIS: Log Masuk dan Soalan Lazim

Ketahui lebih lanjut tentang MyDigital ID HRMIS! Log masuk mudah, integrasi data sumber manusia kerajaan, dan segala maklumat penting dalam artikel ini. Baca sekarang!

MyDigital ID HRMIS

MyDigital ID HRMIS

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

MyDigital ID

Kerajaan telah memperkenalkan MyDigital ID sebagai sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian, termasuk perkhidmatan kerajaan seperti MyHRMIS Mobile dan lain-lain. Pelaksanaan HRMIS menjadi landasan bagi membolehkan semua data dan maklumat berkaitan sumber manusia sektor awam disepadukan.

Apa Itu HRMIS

MyDigital ID HRMIS

HRMIS adalah singkatan bagi Human Resource Management Information System atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia. Ianya merupakan sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan pegawai sehingga pegawai bersara. HRMIS dibangunkan selaras dengan visi pengurusan sumber manusia sektor awam bagi mewujudkan Perkhidmatan Awam yang:

  • Berprestasi tinggi
  • Dinamik
  • Pemikiran aras tinggi (high-order thinking skill)
  • Maju (future-thinking)
  • Tangkas (agile)
  • Kemahiran digital (digital capabilities)

Fungsi HRMIS

HRMIS merangkumi keseluruhan proses pengurusan dan pembangunan sumber manusia, iaitu:

  1. Data Perjawatan
  2. Perolehan Sumber Manusia
  3. Pengurusan Rekod Peribadi
  4. Penilaian Kompetensi
  5. Pembangunan Sumber Manusia
  6. Pengurusan Prestasi
  7. Pengurusan Kerjaya
  8. Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
  9. Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja
  10. Formulasi dan Penilaian Strategi
  11. Penamatan Perkhidmatan

Kewajipan Penggunaan MyDigital ID

Kerajaan telah mewajibkan penggunaan MyDigital ID untuk log masuk ke dalam sistem HRMIS. Sebagai contoh, mulai 27 Mei 2024, log masuk ke aplikasi MyHRMIS Mobile hanya boleh dilakukan menggunakan MyDigital ID. Penggunaan MyDigital ID ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengintegrasikan penggunaan MyDigital ID bagi portal-portal kerajaan yang lain secara beransur-ansur.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim atau hubungi MIMOS di infodigital-id@my.

Cara Mendaftar MyDigital ID

Belum mendaftarkan akaun MyDigital ID anda? Sila rujuk artikel MyDigital ID Malaysia untuk pendaftaran dan semakan segera.

SOALAN LAZIM

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan MyDigital ID, anda boleh berhubung dengan pihak MIMOS melalui:

  • Emel: infodigital-id@my
  • Hotline: 03-8687 2772

Anda juga boleh menghubungi pihak pentadbiran HRMIS di:

  • Tel: 03-8321 1400
  • Faks: 03-8324 2420

Sumber Lain yang Berguna dan Berkaitan:

 

Leave a Comment