MyCRS 2023: Semak Permohonan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak

Pengenalan

Kerajaan kini terus menawarkan keprihatinan bagi skop keselamatan jalan raya bagi kanak-kanak, melalui program MyCRS 2023.

Berdasarkan kerangka statistik pada tahun 2019, malangnya sejumlah 19% golongan yang telah terlibat dalam kecelakaan/ kemalangan jalan raya adalah  daripada golongan kanak-kanak/bayi.

Dan daripada jumlah tersebut, sejumlah 1,276 kes adalah kes kematian.

Jadi, diharapkan melalui program ini, penggunaan kerusi kanak-kanak atau carseat dapat ditingkatkan lagi di kalangan orang awam menerusi insentif yang diberi.

Jumlah Subsidi

Dalam program ini, bantuan insentif yang diberikan adalah maksimum sehingga RM150.

CRS yang mempunyai harga RM150 dan ke bawah boleh diperolehi secara percuma (bayar melalui insentif), manakala bagi CRS berharga melebihi RM150, penerima insentif perlu melangsaikan sendiri bayaran tambahan tersebut.

Syarat Kelayakan

Di bawah adalah syarat-syarat kelayakan bagi penerima subsidi (CRS) 2023:

  1. Penerima subsidi adalah dari golongan pendapatan isi rumah B40 dan M40 sahaja
  2. Mempunyai anak berumur kurang daripada 12 tahun termasuklah ibu yang sedang hamil.
  3. Warganegara yang menetap di Malaysia
  4. Insentif yang dibenarkan adalah satu (1) CRS sahaja untuk satu (1) isi rumah.

Semakan Kelayakan

Anda boleh membuat seemakan kelayakan secara online melalui Portal MyCRS di bahagian Semakan Kelayakan.

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023.

Penerima yang layak boleh terus membuat penebusan insentif MyCRS 2023 dengan cara membuat pembelian CRS pada mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti terpapar di laman sesawang MyCRS.

Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.

Cara Penebusan

Anda boleh menebus insentif ini dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai barangan bayi berdaftar seperti yang terpapar di laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).

Dokumen yang perlu  anda bawa semasa menebus CRS adalah seperti berikut:

  • Salinan MyKad pemohon; DAN
  • MyKid/Sijil Lahir untuk anak  anda yang berumur kurang 12 tahun; ATAU
  • Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung atau Buku Pink (untuk ibu yang sedang hamil)

Tarikh Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan bermula 19 Jun 2023, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.

Tempoh penebusan subsidi MyCRS 2023 ini adalah sehingga 30 September 2023 ataupun sehingga peruntukan sebanyak RM12 juta telah habis ditebus.

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

Leave a Comment