Panduan mudah daftar MYBSN ONLINE dan login. Baca disini!
Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan perkhidmatan perbankan online yang mudah dan pantas, seperti bank-bank lain di Malaysia.
Selain digunakan untuk transaksi seperti kemasukan, pengeluaran, dan pemindahan wang, BSN Online juga sering digunakan untuk pembelian PIN Unik UPU.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang myBSN serta langkah-langkah pendaftaran yang lengkap dan mudah.
Apakah myBSN?
myBSN adalah platform perbankan dalam talian yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di Malaysia. Ia membolehkan pelanggan BSN untuk mengakses perkhidmatan perbankan mereka dengan mudah melalui internet.
FUNGSI UTAMA MYBSN ONLINE
Beberapa ciri utama dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh myBSN termasuk:
- Pengurusan Akaun
Pengguna boleh melihat baki akaun, sejarah transaksi, dan penyata akaun mereka secara dalam talian.
- Pemindahan Dana
Ia membolehkan pengguna untuk memindahkan dana antara akaun mereka sendiri, kepada akaun BSN pihak ketiga, dan ke bank lain di Malaysia melalui perkhidmatan Interbank GIRO (IBG) dan Pemindahan Segera (IBFT).
- Pembayaran Bil
Pengguna boleh membayar bil untuk utiliti, telekomunikasi, kad kredit, dan perkhidmatan lain secara langsung melalui myBSN.
- Isi Semula Pra Bayar
Membolehkan pengguna untuk menambah nilai telefon pra bayar untuk pelbagai pembekal telekomunikasi di Malaysia.
- Pembelian e-PIN
Pengguna boleh membeli pelbagai e-PIN, termasuk PIN Unik UPU untuk tujuan permohonan pendidikan tinggi, secara langsung melalui myBSN.
- Perkhidmatan Permohonan
Sesetengah permohonan perbankan dan perkhidmatan, seperti pinjaman dan insurans, mungkin boleh diakses melalui myBSN untuk pelanggan yang layak.
Secara keseluruhannya, myBSN menyediakan platform yang mudah dan selamat bagi pelanggan BSN untuk menguruskan keperluan perbankan mereka secara dalam talian, menawarkan fleksibiliti dan aksesibiliti pada bila-bila masa dan di mana-mana dengan sambungan internet.
CARA DAFTAR MYBSN ONLINE
Sebelum mula daftar BSN Online, pastikan anda:
- Memiliki kad ATM BSN.
- Mengingati nombor telefon yang telah didaftarkan.
Jika tidak, ikuti langkah berikut:
- Pergi ke kaunter BSN.
- Daftar atau tukar nombor telefon yang hendak didaftarkan bagi membolehkan proses pendaftaran BSN Online.
LANGKAH 1:
Untuk daftar BSN Online, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web mysBSN di: https://www.mybsn.com.my/
- Klik pada pautan “Register”.
- Tandakan butang “Accept” untuk “First Time Registration”.
LANGKAH 2
Masukkan maklumat berikut:
- Nombor Kad Debit / Kad Kredit: Masukkan 16 digit nombor kad bank anda yang tertera pada kad ATM.
- Nombor Pin (untuk Kad Debit Sahaja): Masukkan nombor PIN kad debit anda.
- Tarikh Tamat Tempoh Kad: Isi tarikh sah tempoh kad anda (valid thru).
- CVV2: Masukkan 3 digit CVV2 di bahagian belakang kad ATM anda.
LANGKAH 3
Masukkan nombor ID baharu/nombor ID lama/nombor pasport.
LANGKAH 4
Masukkan username / ID pengguna yang telah dipilih berserta kata laluan.
- Klik ‘Request OTP’.
- Nombor OTP akan dihantar ke telefon bimbit melalui SMS.
- Masukkan 6 nombor tersebut untuk meneruskan pendaftaran.
- Kemudian, pilih satu ‘online image’ yang mudah diingati untuk tujuan pengesahan nanti.
Selesai!
PANDUAN VIDEO
PANDUAN LAIN YANG BOLEH ANDA RUJUK
CIMB CLICKS 2024 : Cara daftar dan login dengan mudah