Melaka Tawarkan 34,764 Petak Parkir Percuma Untuk Pelancong Dan Pengunjung Selama Seminggu

Tawaran Hebat di Melaka! Nikmati 34,764 petak parkir percuma untuk pelancong dan pengunjung selama seminggu.

Jangan lepaskan peluang ini untuk meneroka keindahan bandar bersejarah Melaka dengan lebih mudah dan selesa.

Melaka Tawarkan 34,764 Petak Parkir Percuma

Melaka Tawarkan 34,764 Petak Parkir Percuma Untuk Pelancong Dan Pengunjung Selama Seminggu

 

Kerajaan Melaka menawarkan Inisiatif Khas Parkir Percuma kepada pelancong dan pengunjung di negeri ini, melibatkan kesemua 34,764 petak parkir yang berada di bawah pengawasan empat pihak berkuasa tempatan (PBT). Tawaran ini bermula esok sehingga 20 September.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, menyatakan inisiatif ini mencakupi:

  • 14,876 petak parkir di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
  • 5,000 petak parkir Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
  • 3,500 petak parkir Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
  • 11,388 petak parkir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

“Inisiatif Khas Parkir Percuma ini diadakan sempena Sambutan Hari Malaysia dan Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung pada musim cuti sekolah serta kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” kata Ab Rauf dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, tawaran parkir percuma ini juga adalah sebagai satu simbolik penghargaan kerajaan negeri kepada pelancong dan pengunjung. Sejak Januari hingga Julai tahun ini, Melaka telah mencatat kedatangan lebih 8.7 juta pelancong dan pengunjung.

Kerajaan negeri berharap inisiatif ini akan terus menggalakkan kedatangan pelancong ke Melaka serta mampu memacu pertumbuhan ekonomi sektor pelancongan negeri sempena TMM2024.

 

Sumber: Sinar Harian

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment