Anda B40, M40 atau T20? Semak Kedudukan Pendapatan Anda di Sini!

Anda tahu tak di mana kedudukan pendapatan bulanan anda mengikut pengelasan B40, M40, dan T20 di Malaysia? Klik untuk mengetahui lebih lanjut dan lihat sama ada anda layak untuk bantuan kerajaan!

Senarai Bantuan B40 dan M40 Layak Mohon

b40

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Pengelasan Isi Rumah Mengikut Kategori: Miskin Tegar, B40, M40 dan T20

Apabila kerajaan mengumumkan tentang bantuan kewangan yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia, sering kali kita mendengar istilah seperti miskin tegar, B40 dan M40 daripada Perdana Menteri. Namun, apakah maksud sebenar kategori-kategori ini? Di mana kita berada dalam pengelasan ini?

Kategori-Kategori Pendapatan

Pengelasan isi rumah di Malaysia berdasarkan pendapatan bulanan adalah seperti berikut:

  1. Terendah 40% (B40): Isi rumah yang termasuk dalam 40% terendah berdasarkan pendapatan bulanan.
  2. Pertengahan 40% (M40): Isi rumah yang terletak di dalam 40% pertengahan berdasarkan pendapatan bulanan.
  3. Tertinggi 20% (T20): Isi rumah yang termasuk dalam kategori 20% tertinggi berdasarkan pendapatan bulanan.

Jumlah Pendapatan B40, M40 dan T20

Menurut Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022, pendapatan purata isi rumah di Malaysia pada tahun 2022 telah meningkat 2.4% setahun kepada RM8,479 berbanding RM7,901 pada tahun 2019.

Pengelasan pendapatan bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

  • B40: RM5,249 ke bawah
  • M40: RM5,250 hingga RM11,819
  • T20: RM11,820 ke atas

Ko Pembahagian pendapatan berdasarkan kelas tambahan bagi setiap kategori:

  • B40:
    • B1: RM2,500 ke bawah
    • B2: RM2,501 – RM3,170
    • B3: RM3,171 – RM3,970
    • B4: RM3,971 – RM4,850
  • M40:
    • M1: RM4,851 – RM5,880
    • M2: RM5,881 – RM7,100
    • M3: RM7,101 – RM8,700
    • M4: RM8,701 – RM10,970
  • T20:
    • T1: RM10,971 – RM15,400
    • T2: RM15,041 ke atas

Maksud Kategori Miskin Tegar

Golongan miskin tegar merujuk kepada individu yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Golongan ini juga boleh termasuk dalam kumpulan rentan seperti wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), orang miskin dan belia.

Mengikut purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini bagi tahun 2022, golongan miskin tegar adalah mereka yang mempunyai pendapatan RM2,589 ke bawah.

PGK bagi setiap negeri adalah seperti berikut:

  • Johor: RM2,627
  • Kedah: RM2,271
  • Perak: RM2,297
  • Selangor: RM2,830
  • Perlis: RM2,140
  • WP Labuan: RM2,576
  • Melaka: RM2,670
  • Pahang: RM2,480
  • Sabah: RM2,742
  • Negeri Sembilan: RM2,402
  • Kelantan: RM2,297
  • Sarawak: RM2,618
  • Terengganu: RM2,751
  • Pulau Pinang: RM2,250
  • WP Kuala Lumpur: RM2,816
  • WP Putrajaya: RM2,450

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kategori miskin adalah bagi ketua isi rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM980 sebulan dan miskin tegar pula adalah kurang daripada RM560 sebulan.

Sejarah Pengelasan Isi Rumah

Jika dibandingkan dengan tahun 2016, pendapatan isi rumah telah meningkat namun kos sara hidup juga meningkat saban tahun. Oleh itu, kerajaan perlu mengkaji semula pendapatan bulanan serta jumlah tanggungan isi rumah bagi memastikan bantuan diberikan dengan memadai.

Pada tahun 2020, kerajaan memerincikan lagi kategori pengelasan isi rumah dengan menambah 10 sub-kategori. Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahad, perincian ini bertujuan memastikan perancangan, pemantauan dan program lebih bersasar dapat dilaksanakan serta mengurangkan jurang pendapatan antara isi rumah.

Memang setiap negeri mempunyai kos sara hidup yang berbeza. Contohnya, di Selangor dan Kuala Lumpur, kos sara hidup tentunya lebih tinggi.

Adakah Pengkelasan Isi Rumah Dikemaskini Dari Semasa ke Semasa?

Ya, pengelasan isi rumah dikemaskini dari semasa ke semasa. Dari tahun 2016 hingga 2020 sahaja, kerajaan telah mengemaskini pengelasan ini sebanyak dua kali. Oleh itu, kerajaan perlu terus mengemaskini maklumat ini bagi memastikan rakyat mendapat bantuan dan subsidi yang berpatutan.

Dengan memahami pengelasan ini, anda dapat menentukan kategori isi rumah mengikut pendapatan bulanan isi rumah anda. Ini juga memudahkan anda untuk mengemukakan permohonan bantuan yang diumumkan oleh kerajaan.

Oleh sebab itulah bancian penting untuk diisi setiap tahun bagi mengemaskini data pendapatan bulanan rakyat Malaysia. Dengan itu, bantuan yang diberikan kerajaan dapat membantu rakyat Malaysia menempuh waktu yang sukar ini.

Baca Juga : Bantuan Lesen Percuma 2024

Leave a Comment