Berikan tubuh anda tenaga yang diperlukan dengan 10 makanan berprotein tinggi setiap 100 gram yang wajib ada dalam diet harian anda. Pilihan terbaik untuk kesihatan dan kekuatan!
10 Makanan Berprotein Tinggi Per 100 Gram Yang Perlu Ada Dalam Diet Anda
Protein adalah makronutrien penting yang menyokong pertumbuhan dan pembaikan otot serta kesihatan keseluruhan. Sama ada anda sedang membina otot, menurunkan berat badan atau mengekalkan diet seimbang, memasukkan makanan tinggi protein boleh memberikan manfaat yang besar. Berikut adalah 10 makanan yang mengandungi protein tertinggi setiap 100 gram:
10 Makanan Berprotein Tinggi Per 100 Gram
- Dada Ayam
Dengan 31 gram protein, dada ayam tanpa kulit dan tanpa tulang adalah salah satu sumber protein yang paling rendah lemak. Ia sangat sesuai untuk pembinaan otot dan pengurusan berat badan.
- Tuna
Ikan tuna yang ditinkan dalam air mengandungi kira-kira 29 gram protein. Ia bukan sahaja tinggi dengan kandungan protein, tetapi juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung.
- Dada Ayam Belanda
Dada ayam belanda mengandungi 29 gram protein. Seperti ayam, dada ayam belanda adalah rendah lemak dan kaya dengan protein, menjadikannya pilihan hebat untuk diet rendah lemak.
- Badam
Kacang badam mengandungi kandungan protein sebanyak 21 gram. Ia menawarkan sumber protein berasaskan tumbuhan serta lemak sihat, serat, dan vitamin E. Nutrien-nutrien ini membantu dalam menjaga kesihatan jantung dan kulit.
- Ikan Salmon
Dengan kandungan protein sebanyak 25 gram setiap 100 gram Salmon, ikan ini membekalkan protein berkualiti tinggi serta asid lemak omega-3 yang penting, yang membantu meningkatkan kesihatan jantung dan otak.
- Lentil
Dengan kandungan protein sebanyak 25 gram (apabila dimasak), kacang lentil merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan yang baik. Kacang lentil juga kaya dengan serat, menjadikannya sangat baik untuk pencernaan dan kesihatan jantung.
- Greek Yogurt
Yogurt tanpa lemak dan gula mengandungi 10 gram protein. Yogurt Greek pula kaya dengan protein dan probiotik, yang membantu dalam pemulihan otot dan kesihatan usus.
- Keju Kotej
Mengandungi 11 gram protein bagi setiap 100 gram, keju kotej atau paneer adalah kaya dengan protein kasein. Protein kasein dicerna dengan perlahan, menjadikan ia snek yang ideal sebelum waktu tidur untuk pemulihan otot.
- Telur
Dengan kandungan protein sebanyak 13 gram (per 100g atau lebih kurang dua biji telur besar), ia merupakan protein lengkap yang mengandungi semua asid amino penting, dan merupakan tambahan yang serba boleh untuk sebarang diet.
- Tofu
Dengan kandungan 8 gram protein bagi setiap 100 gram Tofu, ia merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan yang sangat baik, menjadikannya makanan utama dalam diet vegetarian dan vegan. Di samping itu, Tofu juga membekalkan kalsium dan zat besi, yang penting untuk kesihatan tulang dan darah.
Sumber: Timesofindia