Guna cara mudah ini untuk lembutkan semula Kulit Popia yang sudah keras!

Adakah anda sering menghadapi masalah kulit popia yang keras dan sukar digunakan? Jangan buang dulu! Kami ada tips rahsia yang mampu menjimatkan masa dan wang anda.

Ketahui cara untuk melembutkan kulit popia semula seperti baru dibeli dari kedai!

Guna cara mudah ini untuk lembutkan semula Kulit Popia

Guna cara mudah ini untuk lembutkan semula Kulit Popia yang sudah keras!

 

Apabila membeli kulit popia, jarang sekali kita akan menggunakan semua dalam satu masa. Biasanya, kita akan menyimpan selebihnya dalam peti sejuk dan kadang-kadang terlupa kewujudannya. Akibatnya, kulit popia menjadi keras, dan apabila ingin menggunakannya semula, ia sukar ditarik sehelai demi sehelai, sehinggakan berakhir di tong sampah.

Namun begitu, jangan risau! Ada cara mudah untuk lembutkan semula kulit popia yang keras, jadi anda tidak perlu membazir membeli yang baru di kedai.

Menurut perkongsian pengguna Facebook, Bee Keng di halaman Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), berikut adalah cara-cara untuk melembutkan semula kulit popia yang keras atau kering setelah lama disimpan dalam peti sejuk beku (freezer) atau dibiarkan di luar terlalu lama selepas disajikan sehingga ia kering.

Cara-cara:

  • Dalam kuali atau periuk kukus, lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap. Pastikan kain tersebut benar-benar bersih.
  • Kain lembap yang digunakan tidak seharusnya basah, sebaliknya kain tersebut perlu diperah hingga benar-benar kering dan tiada air menitis langsung.
  • Letakkan kulit popia di atas kain tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
  • Pastikan air dalam pengukus tidak terlalu banyak atau terlalu dekat dengan dulang pengukus. Jika tidak, semasa air mendidih, kulit popia akan menjadi basah.
  • Kukus selama 10 hingga 15 minit.
  • Buka penutup pengukus dan pastikan kulit popia betul-betul lembut. Jika belum, sambung kukus hingga ia lembut.

Nota Tambahan:
Simpan dalam peti ais jika kulit popia tidak digunakan selepas dikukus.
Semasa menyajikan, alihkan kulit popia bersama kain lembap tersebut ke dalam pinggan penyajian. Ini akan mengekalkan kelembapan sehingga popia habis dimakan. Namun, ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga seharian, kerana kain lembap boleh menyebabkan kulit popia basi dan boleh menyebabkan keracunan makanan.
Jika ada lebihan, disarankan untuk simpan semula dalam peti sejuk dan kukus semula sebelum makan.

Panduan Penyimpanan:

Penyimpanan yang betul juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkan masalah ini selepas dibuka dan disimpan kembali dalam peti sejuk beku (freezer):

Pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara.
Namun, jika disimpan terlalu lama, kulit popia tetap akan kehilangan kelembapan, kering dan keras, tetapi ia tidak akan seteruk jika plastiknya dibiarkan terbuka. Kulit popia yang dibiarkan terbuka bukan sahaja akan kering malah juga akan pecah dan merekah.

 

 

Sumber: malaysiadateline

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment