Bersedia untuk Keretapi Sarong 2024? Ini Panduan Lengkap Yang Anda Perlu Tahu!

Bersedia untuk Keretapi Sarong 2024? Dapatkan panduan lengkap di sini dengan semua maklumat penting yang anda perlu tahu untuk menyertai acara unik ini!

Keretapi Sarong 2024

Bersedia untuk Keretapi Sarong 2024? Ini Panduan Lengkap Yang Anda Perlu Tahu!

 

Keretapi Sarong merupakan acara tahunan yang unik dan berwarna-warni di mana ribuan peserta berpakaian tradisional sarong berkumpul menaiki pengangkutan awam untuk meraikan perpaduan dan warisan budaya Malaysia.

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, acara ini mengetengahkan kreativiti dan identiti tempatan melalui gabungan pakaian tradisional dan keseronokan flash mob di stesen keretapi seluruh negara.

 

Hari & Tarikh Keretapi Sarong 2024

Keretapi Sarong biasanya diadakan pada 16 September setiap tahun bagi meraikan Hari Malaysia. Namun, bagi tahun 2024, acara ini akan diadakan lebih awal, iaitu pada 14 September 2024 (Sabtu).

Sebab utama perubahan tarikh ini tidak dinyatakan, namun terdapat spekulasi bahawa ia mungkin berkaitan dengan sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada 16 September 2024. Oleh itu, untuk menghormati tarikh tersebut, acara ini diadakan lebih awal daripada biasa.

 

Tema Keretapi Sarong 2024

Tema tahun ini adalah “Bangga Malaysia”, yang mengangkat keunikan jenama tempatan yang membentuk identiti kolektif kita. Tema ini juga bertujuan untuk menghargai jenama tempatan dan mengiktiraf peranan mereka dalam membentuk identiti Malaysia serta mempamerkan potensi komersial budaya di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Tema ‘Bangga Malaysia’ bukan sekadar tema tahun ini, tetapi ia adalah kenyataan kukuh tentang kebanggaan negara kita terhadap jenama tempatan yang membentuk identiti kita.”

Penganjur Keretapi Sarong 2024

Anda boleh pamerkan segala-galanya yang berkaitan dengan budaya Malaysia sama ada budaya, tarian, pakaian, makanan dan sebagainya!

 

Acara & Aktiviti Keretapi Sarong 2024

Aktiviti utama Keretapi Sarong 2024 masih dirahsiakan. Namun, secara umum, acara akan melibatkan aktiviti seperti berikut:

  • Seni@Train
  • Peragaan Busana/Fesyen Sarong
  • Pertandingan (Best Dress, Best Photo, Best Video)
  • Pameran dan Demonstrasi
  • Jualan Produk/Food Truck
  • Persembahan Kesenian
  • Joget Lambak/nyanyian beramai-ramai/berbalas pantun

Lebih menarik, ratu irama Malaysia, Noraniza Idris, juga akan membuat persembahan, menambahkan lagi suasana meriah yang meraikan warisan dan budaya Malaysia.

 

Lokasi Keretapi Sarong 2024

Acara utama akan diadakan di Kuala Lumpur, namun lokasi tepat masih dirahsiakan. Orang ramai perlu berkumpul di 9 stesen MRT, ERL & LRT terpilih bermula jam 8:30 pagi sebelum dipandu ke lokasi sebenar. Berikut adalah stesen-stesen berkumpul:

  • Subang Jaya (LRT Kelana Jaya)
  • Putrajaya Sentral (KLIA Transit & MRT Putrajaya)
  • Gombak (LRT Kelana Jaya)
  • KL Sentral (LRT Kelana Jaya)
  • Kajang (MRT Kajang)
  • Ampang (LRT Ampang)
  • TTDI (MRT Kajang)
  • UPM (MRT Putrajaya)
  • Sri Damansara Sentral (MRT Putrajaya)

Lokasi Keretapi Sarong 2024 juga akan diadakan di tempat lain seperti Johor Bahru, Tumpat, Ipoh, Bukit Mertajam, Alor Setar, Paris, dan Berlin.

 

Keretapi Sarong 2024 di Beberapa Lokasi
Alor Setar

Buat pertama kalinya, Keretapi Sarong akan singgah di Kedah bertempat di Stesen Keretapi Lama Alor Setar pada 14 September. Pengunjung dari Utara boleh menaiki KTM Komuter Utara dari pelbagai stesen untuk tiba ke Alor Setar.

Stesen mula termasuk Padang Besar dan Sungai Petani, di mana pengunjung boleh berkumpul di Siar Seni sebelum berjalan ke Stesen Keretapi Sungai Petani.

Johor Bahru

Keretapi Sarong Johor 2024 x Hab Hab Hooray akan berlangsung serentak dengan JB Car-Free Morning. Tahun ini, acara ini tidak menggunakan keretapi tetapi bas shuttle disediakan kerana jalanraya ditutup. Pengunjung akan dibawa ke Mercu Tanda 0KM sebelum berjalan ke Persada Johor.

 

Kelantan

Acara di Kelantan akan diadakan di Pantai Ndo, Tumpat. Peserta di Kelantan akan menaiki keretapi dengan jadual waktu yang akan berhenti di stesen Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan juga Tumpat. Acara ini turut diadakan bersama dengan acara Pasar Cik Siti.

 

Ipoh

Acara di Ipoh akan diadakan di Stesen Keretapi Ipoh.

 

Cari Geng Keretapi Sarong 2024

Untuk mencari geng Keretapi Sarong 2024, lihat pautan berikut:

Telegram KS24: Telegram KS24
LRT Laluan Kelana Jaya:

 

LRT Laluan Ampang/Sri Petaling:

MRT Laluan Kajang:

MRT Laluan Putrajaya:

ERL KLIA Transit:

 

Sumber: Halalxplorer

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment