Penjual sayur kongsi cara paling mudah kenali Timun segar, rangup dan berjus yang ramai tak tahu!

Penjual sayur kongsi cara kenali timun segar, rangup, dan berjus dengan mudah yang ramai tak tahu! Ketahui rahsia untuk memilih timun terbaik sekarang.

Cara paling mudah kenali Timun segar, rangup dan berjus

Penjual sayur kongsi cara paling mudah kenali Timun segar, rangup dan berjus yang ramai tak tahu!

 

Timun merupakan salah satu sayuran yang popular dek kerana kerangupan dan rasanya yang menyegarkan. Malah, sayuran ini sesuai dijadikan sebagai snek sihat, ulam atau pelengkap hidangan sandwich yang boleh menambah rasa dan nutrisi kepada hidangan anda.

Menerusi perkongsian Nurul Shima di Facebook, beliau telah berkongsi beberapa tip untuk memilih timun yang baik ketika membelinya di pasar. Perbandingan ini dibuat melalui dua keping foto timun yang dilabel sebagai Timun A dan Timun B.

Timun A

  • Warna Hijau Muda (Terang) – Warna hijau muda pada hujung batang timun menunjukkan tekstur sayur tersebut masih rangup.
  • Sentuh Timun – Pastikan ia terasa pejal atau keras, ini menandakan sayur tersebut baru dipetik dan masih berjus.

Timun B

  • Warna Hijau Tua (Gelap) – Warna hijau tua pada hujung batang timun menunjukkan rasa sayur yang sudah pahit.
  • Keadaan Fisik Timun – Timun yang sudah lembik dan berkerut menunjukkan bahawa ia telah lama disimpan atau sudah mula rosak dan kurang berjus.

Sebagai kesimpulan, ciri-ciri yang ada pada Timun A adalah lebih sesuai untuk dipilih sebelum anda membeli.

Menurut Shima lagi, pilihlah timun yang bersaiz besar kerana ia lebih berjus dan berair untuk dimakan. Walau bagaimanapun, timun yang besar tidak sesuai untuk dijadikan sebagai jelatah, salad atau ulam-ulaman.

 

Sumber: mstar

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment