STR 2025: Panduan Lengkap Kemaskini Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah

Ketahui panduan lengkap kemaskini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah 2025. Dapatkan langkah-langkah terperinci dan tip berguna untuk memastikan kemaskini anda dilakukan dengan betul dan tepat.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

 

STR 2025: Panduan Lengkap Kemaskini Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah

 

Pengenalan

Kemaskini STR 2025 adalah penting bagi pemohon yang layak dan berstatus LULUS untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025. Tujuan kemaskini ini adalah untuk memastikan maklumat anda sentiasa tepat dan terkini bagi memastikan kelayakan menerima bantuan ini.

Kepada penerima STR yang mengalami perubahan data atau belum pernah melakukan kemaskini selama tiga tahun berturut-turut, anda perlu mengemaskini STR 2025.

 

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang berkelayakan dan memerlukan bantuan kewangan bagi menghadapi cabaran kos sara hidup.

Dengan penyasaran semula subsidi, kerajaan dapat memperbaiki dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025. Ini adalah untuk memastikan isi rumah berpendapatan rendah mendapat bantuan yang sewajarnya.

 

Maklumat Penting untuk Dikemaskini

Penerima yang layak dan berstatus lulus untuk menerima STR 2025 perlu mengemaskini akaun mereka sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat. Anda perlu mengemaskini maklumat asas berikut:

  • Nombor Telefon Rumah
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Alamat Surat Menyurat
  • Alamat E-mel
  • Nombor Telefon Pasangan
  • Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan
  • Maklumat Waris

 

Tempoh Kemaskini STR 2025

Anda boleh mula mengemaskini maklumat permohonan STR bermula 19 Oktober 2024. Walaupun tarikh akhir untuk kemaskini tidak dinyatakan, adalah lebih baik jika maklumat dikemaskini secepat mungkin atau sebelum 30 November 2024. Ini bagi memastikan anda dapat menerima STR Fasa 1 untuk tahun 2025 tanpa sebarang masalah.

 

Cara Kemaskini STR 2025

Anda boleh mengemaskini maklumat STR melalui dua kaedah:

Secara dalam talian:
Layari Portal Rasmi STR LHDNM di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Penghantaran Borang Fizikal:
Hantarkan Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC). Borang tersebut boleh didapati melalui Portal Rasmi STR atau di pejabat-pejabat LHDNM/PS/UTC.

Adalah digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat permohonan STR secara dalam talian kerana ia lebih mudah, cepat, dan selamat.

 

Panduan Kemaskini STR 2025 Secara Online

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengemaskini STR 2025 secara dalam talian melalui portal rasmi STR:

  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Log Masuk. Sahkan kod keselamatan dan masukkan kata laluan anda. Jika anda belum mendaftar, daftarlah akaun baru terlebih dahulu.
  • Pilih menu “Perubahan Maklumat Asas” untuk sebarang perubahan maklumat asas.
  • Kemaskini maklumat asas seperti nombor telefon, alamat surat menyurat, alamat e-mel, nombor telefon pasangan, dan maklumat waris dengan maklumat terkini.
  • Klik “Simpan”. Selesai.

 

Soalan Lazim (FAQ) – Kemaskini STR 2025

S: Permohonan STR saya berstatus lulus dan ingin mengemaskini maklumat waris. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
J: Log Masuk MySTR dan klik menu Perubahan Maklumat Asas untuk mengemaskini maklumat waris.

S: Saya tidak mendaftarkan maklumat akaun bank semasa tempoh pendaftaran STR. Adakah saya boleh menambah maklumat akaun bank semasa tempoh kemaskini maklumat dibuka?
J: Ya, anda boleh menambah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, terutamanya jika pembayaran STR fasa terkini bukan melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank tersebut.

S: Saya adalah penerima bayaran STR secara pengkreditan ke akaun bank dan status pembayaran adalah Berjaya Kredit. Adakah saya boleh mengemaskini maklumat akaun bank saya?
J: Tidak, kemaskini maklumat akaun bank tidak dibenarkan jika status bayaran fasa sebelumnya adalah Berjaya Kredit.

S: Kaedah pembayaran STR saya adalah secara kredit ke akaun bank pasangan. Sekiranya status akaun bank tersebut tidak aktif sebelum pembayaran fasa seterusnya bermula, adakah saya boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank pasangan saya?
J: Kemas kini maklumat akaun bank pasangan hanya dibenarkan jika status bayaran STR semasa fasa pembayaran sebelumnya adalah Gagal Kredit atau Tunai.

S: Saya telah membuat Permohonan Rayuan Tambahan STR 2025 dengan menukar status kepada Kahwin. Bagaimana cara untuk saya mengemas kini maklumat akaun bank atau maklumat waris dalam Permohonan STR saya?
J: Maklumat Permohonan STR pemohon tidak boleh dikemas kini pada menu Kemas Kini Maklumat Permohonan jika anda telah mengemukakan Permohonan Rayuan Tambahan.

S: Bagaimana pemohon yang telah meninggal dunia boleh mengemaskini maklumat waris?
J: Waris baharu boleh mengemaskini maklumat di Pejabat LHDNM dengan melengkapkan Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan bersama dokumen seperti kad pengenalan (asal) waris, sijil kematian (asal/salinan) pemohon, dan dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini mengenai STR 2025, layari:

Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Perincian Belanjawan 2025
Laman web rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my

 

Baca info lain:

Leave a Comment