Cuba tip bijak ini agar Kelapa Parut tidak masam dan tahan hingga 3 bulan!

Sudah bosan dengan kelapa parut yang cepat masam?

Cuba tip bijak ini agar kelapa parut tidak masam dan  tahan hingga 3 bulan! Anda pasti tidak pernah sangka, rahsianya begitu mudah dan mengejutkan! Ketahui caranya sekarang dan jimat banyak!

tip bijak ini agar Kelapa Parut tidak masam dan tahan hingga 3 bulan!

Cuba tip bijak ini agar Kelapa Parut tidak masam dan tahan hingga 3 bulan!

 

Bagi mereka yang gemar membuat kuih-muih, kelapa parut adalah bahan yang sering diperlukan. Namun, memarut kelapa setiap hari boleh menjadi tugas yang meletihkan. Sesetengah orang memilih untuk membeli kelapa parut dalam kuantiti yang banyak dan menyimpannya dalam peti sejuk. Malangnya, jika cara penyimpanan tidak betul, kelapa parut ini hanya mampu bertahan selama seminggu atau dua.

Di sini kami kongsikan tips penyimpanan kelapa parut daripada pengguna Facebook, Niza Hamid, yang berkongsi rahsia cara menyimpan kelapa parut agar tahan lama menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Kata Niza:

“Mereka yang suka membuat kuih berasaskan kelapa parut mesti perlu menyimpan stok dalam jumlah yang banyak. Sama ada untuk membuat inti, mencampur dalam adunan kuih, atau memerah menjadi santan.”

“Boleh cuba cara ini untuk menyimpan kelapa parut agar tahan lama dan tidak masam.”

Bahan-bahan:
Kelapa parut
Sedikit garam

Cara-cara:

  • Letakkan kelapa parut dalam loyang.
  • Taburkan dan gaulkan garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah sebagai bahan anti pembusukan, agar kelapa tahan lama.
  • Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.
  • Biarkan hingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik mengikut anggaran sekali masak. Kemudian, simpan dalam bahagian sejuk beku peti sejuk.
  • Bila ingin digunakan, keluarkan kelapa parut secukupnya dan kukus semula.

Dengan cara ini, kelapa parut boleh tahan selama dua hingga tiga bulan. Jadi, tidak perlu risau lagi jika perlu membeli dalam kuantiti yang banyak.

Tips Tambahan:
Jika ingin membuat santan pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air sebelum ditapis. Proses ini boleh diulang hingga tiga kali untuk mendapatkan santan yang lebih pekat.

 

Sumber: malaysiadateline

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment