Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara 2024 – Mohon segera!

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara 2024!

Anda berpeluang untuk mengisi jawatan yang kosong, jangan lepaskan peluang ini. Semak kelayakan yang diperlukan dan segera isi permohonan anda.

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara 2024 – Mohon segera!

 

Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi tahun 2024 telah lama berdiri sebagai lambang keunggulan akademik dan inovasi di Malaysia ini, kini membuka peluang luar biasa bagi para profesional yang ingin memperkaya karier mereka melalui pengalaman yang bermanfaat dan berimpak tinggi. Jika anda merupakan seseorang yang memiliki keinginan untuk menjadi sebahagian dari wadah pembangunan sumber manusia dan ingin menyumbang ke arah peningkatan mutu pendidikan tinggi di negara, mereka mengundang anda untuk melangkah ke hadapan dan menyemai perbedaan bersama mereka di UiTM.

MAKLUMAT JAWATAN KOSONG

Jabatan ini berbesar hati ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Jawatan: Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  • Gaji Minimum: RM1,352.00
  • Gaji Maksimum: RM4,003.00
  • Cawangan: Perak, Kampus Seri Iskandar

 

Syarat Permohonan

Bagi calon yang berminat membuat permohonan, anda boleh kemukakan permohonan dengan perlu melepasi beberapa syarat kelayakan permohonan kerja seperti dibawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)

Para calon boleh mengemukakan permohonan dengan merujuk iklan tawaran rasmi dan panduan permohonan dibawah. Pastikan untuk mengikut etika permohonan kerja yang betul dan pastikan juga maklumat yang anda sertakan adalah benar.

 

Skop Kerja

Untuk skop tugasan bagi jawatan telah dibuka oleh pihak UITM, Calon boleh membuat semakan berkenaan dengan skop tugasan kerja mengikut jawatan seperti dibawah:

  • Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Universiti dan lain-lain tugasan kerja mengikut majikan di UITM.

 

Cara Memohon

  • Untuk membuat permohonan, berikut adalah merupakan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh para calon:
    1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
    2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
    3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
      • Kad Pengenalan
      • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
      • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
      • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
    4. Nama bidang dan jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
    5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
    6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
    7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
    8. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.
    9. Permohonan mestilah diisi melalui borang dan menghantarnya ke alamat berikut:

 

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENTADBIRAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK, KAMPUS SERI ISKANDAR, 32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN

NO.TEL: (05) 374 2000

 

Tempoh Permohonan 

Berkenaan tempoh permohonan, jawatan UITM Jun 2024 dibuka pada 29 Mei 2024 dan akan ditutup pada tarikh tutup 11 Jun 2024 dengan permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman permohonan UITM dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Universiti Teknologi Mara (UITM)

Sila rujuk iklan penuh jawatan di sini:

https://perak.uitm.edu.my/images/Administration/iklan-jawatan/2024/29Mei2024-iklan-pentadbiran-2024.pdf

 

Untuk makluman lanjut sila layari laman web ini: https://perak.uitm.edu.my/

 

 

SEMAK KERJA KOSONG LAIN:

Leave a Comment