Kini dibuka peluang hebat untuk anda mengisi jawatan kosong terkini di MARDI 2024.
Jangan lepaskan kesempatan ini untuk maju dalam kerjaya anda bersama salah satu syarikat terkemuka di Malaysia.
Jawatan Kosong Terkini di MARDI 2024- Mohon disini sekarang!
Maklumat Jawatan Kosong
MARDI sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
JAWATAN | PENOLONG PEGAWAI OPERASI |
Gred Jawatan | Setara dengan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 |
Taraf Jawatan | Contract for Service (CFS) |
Pusat Tanggungjawab | Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) |
Penempatan | Ibu Pejabat MARDI, Serdang |
Gaji | RM1,900.00 (secara pukal) |
Tempoh Perkhidmatan | 1 tahun |
1. Syarat Lantikan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
iii) Sijil Matrikulasi dalam semua jurusan/aliran oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); atau
iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Syarat Kelayakan
Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. Bidang Tugas:
i) Mengenalpasti keperluan kursus.
ii) Menentukan status kursus.
iii) Mempromosi kursus.
iv) Menentukan statut penyertaan peserta kursus.
v) Mengadakan mesyuarat jawatan kuasa teknikal kursus.
vi) Mengeluarkan surat kepada Ketua Jabatan mohon kebenaran Pegawai beri ceramah/ amali kursus.
vii) Mengendali majlis taklimat dan suai kenal kursus.
viii) Memantau pelaksanaan dan perjalanan kursus.
ix) Melaksana sesi perbincangan, penilaian dan majlis penutup kursus.
x) Menyedia penyata arahan pengeluaran bil kursus.
xi) Mengurus penyediaan penyata bayaran honorarium selepas kursus.
xii) Menentukan semua tanggungan kursus dijelaskan.
xiii) Mengurus data-data kursus.
xiv) Menyedia laporan penilaian kursus.
xv) Menyempurna dan melengkapkan fail rekod pengendalian kursus (RPK).
xvi) Mengurus pertanyaan dan maklum balas pelanggan kursus.
JAWATAN | PEMBANTU OPERASI |
Gred Jawatan | Setara dengan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 |
Taraf Jawatan | Contract for Service (CFS) |
Pusat Tanggungjawab | Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) |
Penempatan | Ibu Pejabat MARDI, Serdang |
Gaji | RM1,700.00 (secara pukal) |
Tempoh Perkhidmatan | 1 tahun |
1. Syarat Lantikan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Syarat Kelayakan
Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. Bidang Tugas:
i) Menyediakan borang-borang tempahan perkhidmatan, fasilit dan penginapan di Kompleks Latihan MARDI.
ii) Menyediakan bahan-bahan hebahan seperti risalah berkenaan perkhidmatan, fasiliti dan penginapan di Kompleks Latihan
MARDI.
iii) Mengemaskini data rekod dan memfailkan dokumen tersebut. (i.e: Borang-borang tempahan, sebut harga, bil-bil utiliti, menu tempahan dan surat menyurat (fizikal dan digital)).
iv) Menyediakan sebut harga tempahan perkhidmatan untuk setiap kursus/ acara yang dilaksanakan di Kompleks Latihan MARDI.
v) Merekod semua kemasukan pendapatan dan perbelanjaan yang berlaku di Kompleks Latihan MARDI.
vi) Merekod daftar keluar/ masuk penginapan dan resit bayaran serta menerima wang pembayaran bagi penginapan, tempahan kemudahan dan fasiliti secara tunai atau online.
vii) Bertanggungjawab menjaga setiap kunci bilik penginapan di Kompleks Latihan MARDI.
viii) Menyediakan menu bagi setiap kursus/ acara.
ix) Memastikan pengurusan makan & minum adalah mengikut tempahan dan masa yang ditetapkan.
x) Bekerjasama melayani dan membantu pelanggan untuk membuat tempahan dan memberi penerangan berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kompleks Latihan MARDI.
xi) Memastikan kursus/ acara berjalan dengan lancar.
xii) Menerima arahan dan tugas-tugas lain dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 dengan lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara pos atau e-mel ke alamat seperti di bawah:
PENGARAH
Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan
(u/p: Puan Hazurianiza binti Abu Jamil)
Alamat e-mel: nizaaj@mardi.gov.my
ii) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
iii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan ini tidak berjaya.
TARIKH TUTUP IKLAN: 1 OGOS 2024 (KHAMIS)
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-8953 6806
Rujuk iklan penuh di sini: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/klasifikasi/perbekalanskim.asp?id_skim=3LW08