Jawatan Kosong Personel MYSTEP 2024 – Mohon di sini!

Pernah terfikir apakah langkah seterusnya untuk melonjakkan kerjaya anda?

Jangan tunggu lagi! Personel MYSTEP 2024 membuka pintu kepada peluang yang tidak boleh dilepaskan. Ketahui cara untuk menyertai dan ubah hidup anda dengan program ini.

Jawatan Kosong Personel MYSTEP

Jawatan Kosong Personel MYSTEP 2024 – Mohon di sini!

 

MySTEP, atau Malaysia Short-term Employment Programme, akan diteruskan untuk tahun 2024. Program ini menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kontrak dalam sektor awam dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bermula tahun 2024, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan melalui Portal MYFutureJobs.

 

Pengenalan Personel MySTEP

MySTEP adalah inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek secara kontrak di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), dan Rakan Strategik.

Program ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira latar belakang pendidikan, dengan matlamat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran pekerja tempatan.

Pada tahun 2021, MySTEP telah mencatatkan penyertaan sebanyak 64,921 penempatan pekerjaan, melepasi sasaran asal sebanyak 50,000. Pada tahun 2022, program ini mensasarkan 80,000 penempatan pekerjaan. Kejayaan ini menyebabkan Kerajaan memutuskan untuk meneruskan inisiatif ini seperti yang diumumkan dalam RUU Perbelanjaan Sementara 2023.

Untuk tahun 2024, MySTEP menawarkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan yang terdiri daripada 15,000 penempatan di sektor awam dan 35,000 penempatan di GLC, GLIC, dan Rakan Strategik. Kerajaan berharap inisiatif ini akan terus memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dalam bentuk penempatan pekerjaan yang akan membantu mencapai guna tenaga penuh dan mengurangkan kadar pengangguran negara.

Permohonan MySTEP 2024 hanya boleh dilaksanakan melalui MYFutureJobs.

 

Senarai Penuh Jawatan Kosong Personel MyStep Tahun 2024

Di sini kami kumpulkan senarai jawatan Personel Mystep di seluruh Malaysia. Sumber adalah pelbagai. Selain mystep, kami akan kumpulkan juga Internship dan Pekerja Sambilan Harian (jika ada).

 

Nama Syarikat / JabatanNama JawatanTarikh Tutup
PEJABAT KPDN MELAKAPERSONEL MySTEP SETARA SPM (SEKSYEN PPDN-JR)17 JULAI 2024
TOURISM MALAYSIAPERSONEL MYSTEP (KELAYAKAN DIPLOMA)(KLIA, JOHOR, PENANG & KEDAH)19 JULAI 2024
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARAPEGAWAI EKSEKUTIF (PERSONEL MySTEP / N29) UITM09 OGOS 2024
KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRIPEGAWAI EKSEKUTIF MySTEP (BAHAGIAN PENTADBIRAN) & PEGAWAI EKSEKUTIF MySTEP N41 (SKPI)17 & 20 JULAI 2024
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIAPENOLONG PEGAWAI TADBIR N2915 JULAI 2024
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM)PEMBANTU TADBIR (PERSONEL MySTEP)23 JULAI 2024
JABATAN AUDIT NEGARAPEGAWAI TADBIR (PEREKA), JURUGAMBAR18 & 19 JULAI 2024
MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN)PEMBANTU AWAM (MySTEP)15 JULAI 2024
JABATAN KERJA RAYA (JKR)PELUKIS PELAN (MySTEP)29 JULAI 2024
ANGKATAN PERTAHANAN AWAMPERSONEL MYSTEP (LEPASAN DIPLOMA)31 JULAI 2024
PEJABAT PEMBANGUNAN UNIT PERLISPERSONAL MYSTEP (PEMBANCI, PEMBANTU TEKNOLOGI MAKLUMAT, PENOLONG JURUTERA)17 JULAI 2024
KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRIPEGAWAI EKSEKUTIF MySTEP N41 (SKPI, BAHAGIAN PENTADBIRAN, MTPN)20 JULAI 2024
PEJABAT SETIAUSAHA SELANGORPEMBANTU TADBIR GRED N19 ( MySTEP) JAPESS, PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 ( MySTEP) & PEMBANTU TADBIR GRED N19 ( MySTEP)02 – 09 OGOS 2024
JABATAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (MAQIS)MYSTEP08 OGOS 2024
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIAMySTEP E29 BAHAGIAN INTEGRASI DAN PENGURUSAN DATA, DOSM08 OGOS 2024
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)PERSONEL MySTEP (16 KEKOSONGAN)08 OGOS 2024
MAHKAMAH NEGERI KELANTANJURUBAHASA15 JULAI 2024
JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYAMySTEP PK LEMBAH PANTAI – UNIT VEKTOR & MySTEP (PKLP) PEMBANTU TADBIR (P/O)20 JULAI 2024
PEJABAT PEMBANGUNAN WANITAPERSONEL MySTEP02 OGOS 2024
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORPENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 ( MYSTEP), PEMBANTU TADBIR GRED N19 ( MYSTEP)02 OGOS 2024
INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH)PERSONEL MySTEP02 OGOS 2024

*Kemaskini 15/07/2024

Layari laman web https://myfuturejobs.gov.my/ untuk maklumat lebih lanjut.

 

SEMAK JAWATAN KOSONG LAIN:

Leave a Comment