Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2024

Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2024

Permohonan adalah dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut.

Ketahui cara memohon di sini!

Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

 

Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2024

 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini sedang membuka jawatan kosong untuk pengambilan bulan Mei 2024 bagi permohonan segera oleh para calon yang berminat.

Pemakluman berkenaan jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2024 ini akan memberi sinar kepada mereka yang kini sedang mencari pekerjaan. Oleh itu, dialu-alukan untuk membuat semakan lebih lanjut berkenaan tawaran kerja oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

MAKLUMAT JAWATAN KOSONG

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini mempelawa Warganegara Malaysia untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan bagi bulan Mei 2024. Berikut adalah merupakan senarai jawatan kosong yang ditawarkan:

Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan 
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Jawatan: Kontrak 

Pusat Temu Duga & Penempatan: Menara PTPTN, Kuala Lumpur

Pengkhususan:
• Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
• Media Sosial
• Teknologi Maklumat/ Sains Komputer
• Pentadbiran/ Pengurusan/ Kewangan

Gaji Minimum: RM 1,493.00

Gaji Maksimum: RM 5,672.00 

 

Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan 
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Jawatan: Kontrak 

Pusat Temu Duga & Penempatan:
• Menara PTPTN, Kuala Lumpur
• Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Sabah

Pengkhususan :
• Khidmat Pelanggan / Pentadbiran / Pengurusan/ Kewangan

Gaji Minimum: RM 1,352.00

Gaji Maksimum: RM 4,003.00

 

Info penuh jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Mei 2024 ada di sini: https://www.ptptn.gov.my/

SYARAT KELAYAKAN

Untuk memohon jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pastikan anda mengikuti langkah memohon jawatan kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti dibawah.

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Calon yang memiliki Sijil Matrikulasi KPM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana di Gred 29 yang bersesuaian. Gaji permulaan bagi kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan bersamaan dengan gaji minimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum skim perkhidmatan berkaitan.

 

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MOHON JAWATAN KOSONG

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum 11.59 malam, Ahad, 26 Mei 2024 di pautan (link) : https://www.ptptn.gov.my/ejawatan/halamanutama

 

TEMPOH PERMOHONAN

Bagi info berkenaan tempoh permohonan, permohonan adalah dibuka sejak beberapa hari lalu dan permohonan akan ditutup secara rasminya pada 26 Mei 2024. Oleh itu, diminta kepada para calon untuk segera membuat permohonan dan mengikuti kaedah permohonan yang betul.

Mohon ambil perhatian juga berkaitan senarai tugas dan syarat kelayakan permohonan jawatan yang ditetapkan oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan kosong di atas, sila layari laman web ini: https://www.ptptn.gov.my/kerjaya-ptptn/

 

SEMAK KERJA KOSONG LAIN:

Leave a Comment