Mohon Sekarang! Jawatan Kosong Perbadanan Labuan 2024. Dapatkan Maklumat Terkini Di Sini.
Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup permohonan dan memenuhi syarat-syarat untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Perbadanan Labuan (PL) seperti di bawah:
MAKLUMAT JAWATAN KOSONG Perbadanan Labuan (PL) 2024
Bil. | Jawatan dan Gred | Iklan dan Syarat | Borang Permohonan | Tarikh Tutup |
1. | Penolong Jurutera Gred JA29 | Muat turun | Muat turun | 03 Mei 2024 |
2. | Pembantu Kemahiran Gred H19 | Muat turun | Muat turun |
Lokasi penempatan : PL Labuan.
Sektor : Kerajaan/ Berkanun
CARA MOHON JAWATAN KOSONG
Anda boleh memohon dengan mengisi borang permohonan di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat Bawah Blok A, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan. Borang permohonan dan maklumat jawatan kosong boleh juga didapati melalui pautan di atas.
Borang permohonan yang lengkap perlu disertakan dengan:
- Sekeping gambar (ukuran passport) terkini;
- Salinan kad pengenalan;
- Sijil lahir pemohon dan Ibubapa;
- Sijil-sijil persekolahan dan kelulusan akademik (PT3/PMR/SPM/SIJIL/DIPLOMA);
- Sijil berhenti sekolah;
- Sijil Digital Lengkap Vaksinasi Covid-19;
- Sijil kegiatan luar dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
Semua salinan dokumen perlu disahkan dari salinan asal oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas atau pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendidikan untuk sijil-sijil berkaitan.
Pemohon perlu bebas daripada rekod jenayah, tidak menggunakan atau mengambil dadah berbahaya, serta tiada masalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi kerja.
Permohonan yang lewat, tidak lengkap, atau tidak memenuhi syarat-syarat akan ditolak.
Pihak Perbadanan Labuan tidak bertanggungjawab terhadap perbelanjaan temuduga dan penghantaran borang permohonan.
Permohonan hendaklah disampaikan kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Wisma Perbadanan Labuan
Tingkat Bawah Blok A
87022 Wilayah Persekutuan Labuan
NOTA PENTING
- Hanya calon yang disenaraipendek akan dijemput untuk menghadiri sesi temuduga.
- Sekiranya pemohon tidak menerima panggilan untuk sesi temuduga selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup, permohonan mereka dianggap tidak berjaya.
- Sekiranya pemohon yang dijemput untuk temuduga tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh temuduga diadakan, permohonan mereka dianggap tidak berjaya.
- Perbadanan Labuan berhak untuk melanjutkan tempoh validasi borang permohonan sehingga tempoh yang ditetapkan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
03 Mei 2024
JAWATAN KOSONG YANG YANG BOLEH ANDA MOHON
JAWATAN KOSONG UUM 2024 Universiti Utara Malaysia
JAWATAN KOSONG JPT 2024 : Jabatan Pendidikan Tinggi – Gaji Sehingga RM 2100
JAWATAN KOSONG Kementerian Ekonomi 2024 : Gaji RM 2000 – RM 2499