Jawatan Kosong MAQIS Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2024
Kekosongan jawatan kontrak di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dibuka untuk permohonan daripada warganegara Malaysia yang memenuhi kelayakan. Peluang ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak untuk memohon dan mengisi jawatan kosong yang ditawarkan dalam skim kontrak di agensi MAQIS.
Ketahui Cara Memohon dengan Membaca Artikel Ini!
Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong Universiti Malaya 2024
MAKLUMAT PENTING JAWATAN KOSONG MAQIS Mei 2024
Berikut adalah jawatan kosong terkini yang ditawarkan:
Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
Lokasi Penempatan | Sektor | Bilangan Kekosongan | Jadual Gaji Min (RM) | Jadual Gaji Maks (RM) |
Pelbagai Negeri | Kerajaan/Berkanun | 100 | 1,493.00 | 5,696.00 |
ELAUN
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam
- Imbuhan Tetap Perumahan
- Bayaran Imbuhan Sara Hidup
KEMUDAHAN
- Cuti Rehat (25 hari setahun)
- Faedah Rawatan Perubatan (diri/isteri/suami/anak dan ibu bapa)
TUGASAN
- Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan, aktiviti kuarantin, dan penguatkuasaan di Pintu masuk, stesen kuarantin, dan premis kuarantin di Malaysia.
- Memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, dan makanan terbebas dari ancaman perosak, penyakit, dan bahan cemar.
- Melaksanakan tugas pemeriksaan bagi mengenal pasti sebarang kehadiran atau risiko ancaman kepada kesihatan dan keselamatan masyarakat serta industri pertanian negara.
- Menegakkan undang-undang dan peraturan berkaitan kuarantin serta memastikan pematuhan daripada semua pihak yang terlibat.
- Berkerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan termasuk agensi kesihatan, pertanian, dan penguatkuasaan undang-undang untuk menjalankan tugas dengan berkesan.
- Membuat laporan berkala mengenai kegiatan pemeriksaan dan keputusan yang dicapai serta mengemukakan cadangan pembaikan jika perlu.
PANDUAN CARA MOHON JAWATAN KOSONG
Permohonan wajib dikemukakan dengan mengisikan borang MAQlS/KONTRAK/1/2024
Borang lengkap yang disertakan resume, dokumen sokongan berkaitan yang disahkan, perlu dihantar kepada:
Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
Aras 4,Wisma Tani,Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan 62624
PUTRAJAYA
PERTANYAAN MAKLUMAT LANJUT
Permohonan yang tidak lengkap atau terlewat diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang memenuhi syarat sahaja akan dijemput untuk temuduga. Permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya jika tiada sebarang maklum balas diterima daripada MAQIS dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh diajukan kepada:-
(i) Puan Noor Azleeza binti Mohd Noor
Emel: azleeza@maqis.gov.my
Telefon: 03-8870 1974
(ii) Encik Ku Akram Bin Ku Mansor
Emel: kuakram@maqis.gov.my
Telefon: 03-8870 1975
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
24 MEI 2024
Mohon Jawatan Kosong Lain
Jawatan Kosong Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM