Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2024

Jawatan Kosong Kontrak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2024

Permohonan adalah dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut.

Ketahui cara memohon di sini!

Jawatan Kosong Kontrak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2024

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang membuka jawatan kosong untuk pengambilan Siri 2 bagi tahun 2024 bagi permohonan segera oleh para calon yang berminat.

Pemakluman berkenaan jawatan kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini akan memberi sinar kepada mereka yang kini sedang mencari pekerjaan. Oleh itu, dialu-alukan untuk membuat semakan lebih lanjut berkenaan tawaran kerja oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

MAKLUMAT JAWATAN KOSONG

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini mempelawa Warganegara Malaysia untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan bagi Siri 2/2024. Berikut adalah merupakan senarai jawatan kosong JAKIM:

i.    Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
ii.   Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 (IKMAS)
        – Bidang Al Quran dan Al Sunnah
        – Bidang Pengajian Tahfiz;
iii.   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (IPDAS);
iv.   Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29;
v.    Penolong Pegawai hal Ehwal Islam Gred S29/ Penyelaras Pentadbiran Masjid
Daerah (PPMD);
vi.   Pembantu Hal Ehwal Islam/ Penggerak Masyarakat Saudara Kita (PMSK) Gred S19
vii.   Penerbit Rancangan Gred B19.
Info penuh jawatan kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2024 ada di sini: https://www.islam.gov.my/

CARA MOHON JAWATAN KOSONG

i. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my.

ii. Panduan Pemohon: Pada Menu Jawatan Yang Dimohon, sila pilih Lantikan Kontrak/ Tetap (Bukan Lantikan SPA). Pilih jawatan yang ingin dimohon seperti di atas.

iii. Alamat untuk surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon pemohon untuk dihubungi hendaklah tepat, terkini dan masih aktif.

TEMPOH PERMOHONAN

Bagi info berkenaan tempoh permohonan, permohonan adalah dibuka sejak beberapa hari lalu dan permohonan akan ditutup secara rasminya pada 3 Jun 2024. Oleh itu, diminta kepada para calon untuk segera membuat permohonan dan mengikuti kaedah permohonan yang betul.

Mohon ambil perhatian juga berkaitan senarai tugas dan syarat kelayakan permohonan jawatan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan kosong di atas, sila layari laman web ini: https://www.islam.gov.my/ms/

Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada:

                         Seksyen Jawatan Kontrak & Pengurusan,
                         Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM
                         No. Telefon : 03-8870 7684 / 03-8870 7685 / 03-8870 7697

 

SEMAK KERJA KOSONG LAIN:

Leave a Comment