Permohonan untuk Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP 2024 kini dibuka!
Jangan lepaskan peluang untuk memohon sekarang dan menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar berkualiti. Sertai dan mulakan kerjaya yang cemerlang dalam bidang pendidikan.
Permohonan Untuk Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP 2024 Kini Dibuka – Mohon Sekarang!
Berikut adalah iklan kerja kosong Guru Ganti bagi tahun 2024 yang ditawarkan oleh beberapa buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan pengawasan MySTEP.
Permohonan mestilah dibuat melalui laman rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan perjawatan tersebut.
Sebagai makluman, kami hanya menyediakan maklumat kekosongan jawatan ini untuk memudahkan anda membuat permohonan.
Butiran lanjut dan maklumat mengenai kekosongan jawatan tersebut adalah seperti berikut:
TUGAS-TUGAS GURU GANTI
Seorang guru ganti mempunyai tanggungjawab yang hampir sama seperti guru tetap. Berikut adalah perincian tugas-tugas seorang guru ganti:
Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran:
Mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
Menggunakan kaedah pengajaran yang interaktif dan berkesan untuk memastikan pelajar memahami pelajaran dengan baik.
Penyediaan Buku Persediaan Mengajar dan Rekod Pelajar:
Menyediakan buku persediaan mengajar yang terperinci dan lengkap.
Menyelia dan menyimpan rekod-rekod pelajar seperti kehadiran, pencapaian, dan disiplin dengan penuh teliti.
Memastikan semua rekod dan dokumen disusun dengan baik dan boleh diakses dengan mudah oleh pihak berkaitan.
Penglibatan dalam Aktiviti Ko-kurikulum:
Melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah.
Membantu dalam penganjuran dan penyeliaan aktiviti-aktiviti seperti sukan, kelab, dan persatuan.
Melaksanakan Tugas-tugas Tambahan:
Menyempurnakan tugas-tugas dan aktiviti lain yang diarahkan oleh pihak sekolah.
Sentiasa bersedia untuk membantu dalam mana-mana aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah jika diperlukan.
Menurut sumber, mereka yang berminat untuk memohon sebagai guru ganti boleh mengunjungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat permohonan secara walk-in.
Informasi ini telah dikongsikan oleh @zaimnajwa melalui platform X (Twitter).
Selain itu, anda juga boleh mencari dan mengisi kekosongan jawatan guru ganti yang diiklankan melalui pelbagai saluran, termasuk rumah kerja dalam talian dan papan buletin sekolah.
Guru ganti biasanya diperlukan untuk menggantikan guru-guru yang sedang bercuti bersalin, cuti sakit, menunaikan haji, atau mengambil cuti lain.
Adalah penting untuk diingat bahawa kekosongan jawatan guru ganti bergantung kepada keperluan dan lokasi sekolah yang memerlukan.
Apakah MySTEP?
Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia (MySTEP) adalah satu inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan bersifat sementara (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), dan Rakan Strategik.
Inisiatif MySTEP ini dikhususkan untuk warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira latar belakang akademik mereka. Tujuan utama program ini adalah untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta memberi pengalaman kerja yang berguna bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia. Melalui MySTEP, peserta juga akan dapat mempelajari kemahiran baru dan membina rangkaian profesional yang boleh membantu dalam kerjaya masa depan mereka.
Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP:
- Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
- Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2024 (Bagi Sektor Awam)
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.
- Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah).
- Sekurang-kurangnya Kepujian dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi.
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM).
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).
- Keutamaan kepada pemegang ijazah dalam pendidikan
Iklan Permohonan Guru Ganti MyStep 2024
Gaji / bayaran yang diperuntukkan untuk perkhidmatan guru ganti adalah bergantung kepada tahap kelayakan akademik seperti yang ditetapkan oleh MySTEP iaitu:
- SPM : RM1,700 (termasuk KWSP dan PERKESO)
- Diploma / STPM / STAM : RM1500 – RM1999 (termasuk KWSP dan PERKESO)
- Ijazah : RM2000 – RM2499 (termasuk KWSP dan PERKESO)
Setiap daerah / sekolah yang ingin mencari guru ganti di bawah program MyStep perlulah mengiklankan sendiri iklan jawatan kosong merek di portal kerja kosong MyFutureJobs di https://candidates.myfuturejobs.gov.my/
Cara mohon jawatan kosong guru ganti
Proses mendapatkan guru ganti MyStep dilakukan sepenuhnya melalui portal cari kerja MyFutureJobs.
Semua proses permohonan jawatan mestilah dilakukan melalui portal MyFutureJobs.
Bagi pengguna yang masih belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftarkan akaun terlebih dahulu dengan portal MyFutureJobs sebelum boleh membuat permohonan bagi jawatan kosong yang diiklankan.
Nota Penting:
- Hanya Pemohon Layak Akan Dipanggil ke Temuduga
Sila pastikan semua maklumat anda lengkap dan terkini. Hanya pemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.
- Tempoh Maklum Balas Permohonan
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup boleh dianggap sebagai tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat dan kemas kini terkini mengenai peluang pekerjaan di MySTEP bagi negeri-negeri dan daerah-daerah berdekatan anda, sila layari laman sesawang rasmi MySTEP melalui pautan berikut: Laman MySTEP.