Jawatan kosong di Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) 2024.
Permohonan adalah dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut.
Ketahui cara memohon di sini!
Jawatan kosong di Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) 2024 – Apply disini sekarang!
Maklumat Jawatan Kosong
Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan/ agensi/ jabatan/ kementerian yang terlibat. Info kekosongan ini adalah maklumat berdasarkan portal rasmi pengambilan jawatan.
SENARAI JAWATAN | MAKLUMAT JAWATAN |
Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 | MAJIKAN: KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA (KKR) KEKOSONGAN: SELURUH NEGARA KELAYAKAN MINIMA: SIIJL/DIPLOMA TUTUP PERMOHONAN: 14 NOVEMBER 2024 |
Syarat Permohonan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau - diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
- sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Maklumat syarat lantikan/gaji/tugastugas jawatan boleh dicapai melalui
Laman Web SPA di pautan:
https://spa.gov.my/spa/lamanutama/gaji-syarat-lantikan-deskripsitugas/diploma-stpm-stamhsc/penolong-juruukur-bahan-gredja29
Taraf Pelantikan
(a) Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan
(b) Pegawai lantikan tetap yangsedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Skop Tugas
Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Berikut adalah kaedah untuk memohon jawatan kosong ini.
- Layari laman web https://spa9.spa.gov.my/login
- Login/ daftar akaun (jika diperlukan)
- Pilih jawatan yang ingin dipohon
- Semak dengan teliti kriteria & syarat kelayakan
- Isi borang permohonan
- Sahkan & hantar