Jadual Bayaran STR 2024 : Tarikh bayaran dan kadar bayaran

Ketahui jadual bayaran STR 2024 untuk merancang kegunaan bantuan dengan bijak. Rancang kewangan anda dengan maklumat terkini tarikh pembayaran, kaedah pembayaran, dan cara semakan status permohonan.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu mengetahui jadual pembayaran untuk merancang penggunaan bantuan tersebut dengan bijak. Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Fasa 2 bantuan STR akan dimasukkan ke dalam akaun penerima mulai 3 April 2024, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah.

Baca juga : Semakan Bantuan STR Fasa 3

Berikut adalah maklumat penting berkenaan jadual dan kaedah pemayaran STR:

jadual bayaran str

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

Jadual Bayaran STR Fasa 2

  • Tarikh Bayaran: Bermula 29 Januari 2024, pembayaran Fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau dibayar tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan kategori kelayakan masing-masing.
  • Status Penerima: Pembayaran Fasa 2 merujuk kepada mereka yang permohonan STR 2024 mereka diterima dan berstatus Lulus.

Kaedah Pembayaran

Penerima yang layak akan menerima bayaran melalui salah satu kaedah berikut:

  • Pengkreditan langsung ke dalam akaun bank pemohon/pasangan.
  • Penunaian tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jadual Bayaran STR 2024

  • Fasa 1: 29 Januari 2024
  • Fasa 2: 3 April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024

Bagi Fasa 1 tahun 2024, kerajaan telah meningkatkan jumlah bantuan STR kepada RM500 bagi setiap isi rumah, naik dari RM300 tahun sebelumnya. Ini menjadikan jumlah peruntukan bagi Fasa 1 sebanyak RM21 bilion, meningkat 26% daripada RM16.7 bilion tahun lalu. Usaha ini dilakukan untuk membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Permohonan Semakan Semula dan Rayuan STR 2024

Peserta yang tidak terdapat dalam pangkalan data STR perlu membuat permohonan semula atau rayuan. Permohonan semakan semula atau rayuan boleh dibuat mulai 29 Januari 2024, sama ada secara dalam talian atau pengemukaan borang kertas ke pejabat LHDN berdekatan.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my. Ingat, sentiasa berwaspada terhadap pautan palsu dan dapatkan maklumat dari sumber yang sah.

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN STR

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
  7. Status Permohonan
  8. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Baca juga : Senarai Nama Penerima Bantuan STR RM 2000

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat yang dikongsikan di atas diperoleh daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa melalui:

Talian Penting STR HASiL: 1-800-88-2747

Talian hotline STR Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 03-8882 4566

E-mel: str@mof.gov.my

 

RUJUKAN DAN PAUTAN PENTING

 

Leave a Comment