Jadual Bayaran Bulanan PERKESO 2024: Tarikh Penting untuk Pencen dan Faedah. Ketahui banyak lagi info-info terkini seperti bantuan, info semasa, kesihatan, resepi masakan, semuanya di portal waktu.ai!
Di sini terdapat butiran lanjut mengenai bayaran faedah atau pencen PERKESO untuk tahun 2024 dan tarikh-tarikh pembayaran yang berkaitan.
Baca juga : Ini cara untuk semak No PERKESO dan cara tuntut SOCSO – Semak sekarang!
Pengenalan Tentang PERKESO
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk mengurus, melaksana, dan menegakkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 serta Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Pada 1 Julai 1985, PERKESO dinaik taraf kepada badan berkanun, dan mulai 1 Januari 1992, ia mula melaksanakan sistem saraan sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Bayaran Faedah PERKESO untuk Tahun 2024
Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO berpaksikan prinsip tanggungjawab bersama melalui pengumpulan sumber, perkongsian risiko, dan penggantian pendapatan, yang sejajar dengan bayaran PERKESO 2021.
Perlindungan keselamatan sosial ini merupakan keperluan asas yang dipatuhi mengikut Konvensyen 1952 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu Konvensyen 102; Piawai Minimum untuk Keselamatan Sosial.
Dalam mencapai objektif ini, fungsi utama PERKESO adalah memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan keluarganya melalui skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
Perlu dinyatakan bahawa bayaran PERKESO 2024 adalah berdasarkan dua Skim Faedah Keselamatan Sosial, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
Baca juga : Pertabalan Yang di-Pertuan Agong: 14 Jalan di KL Akan Ditutup Sementara Waktu
Jadual Tarikh Bayaran Pencen / Faedah PERKESO 2024
Jadual Rasmi Tarikh Bayaran Pencen PERKESO 2024 telah dikeluarkan untuk makluman umum.
Bil | Bulan | Tarikh Bayaran Faedah | Hari | Catatan |
1 | Januari | 31 Januari 2024 | Rabu | – |
2 | Februari | 1 Mac 2024 | Jumaat | – |
3 | Mac | 1 April 2024 | Isnin | – |
4 | April | 30 April 2024 | Selasa | – |
5 | Mei | 24 Mei 2024 | Jumaat | 30 Mei 2024 bersamaan Pesta Keamatan 1 Jun 2024 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak |
6 | Jun | 11 Jun 2024 | Selasa | 17 Jun 2024 bersamaan Hari Raya Qurban |
7 | Julai | 1 Ogos 2024 | Khamis | – |
8 | Ogos | 30 Ogos 2024 | Jumaat | – |
9 | September | 1 Oktober 2024 | Selasa | – |
10 | Oktober | 25 Oktober 2024 | Jumaat | 31 Oktober 2024 bersamaan Hari Deepavali |
11 | November | 29 November 2024 | Jumaat | – |
12 | Disember | 19 Disember 2024 | Khamis | 25 Disember 2024 |
Siapakah Yang Layak Terima Bayaran Pencen / Faedah PERKESO 2024?
1. Skim Keilatan:
- Perlindungan bagi individu yang dianggap menghidap keilatan selepas keuzuran yang tidak dapat diubati atau tidak mungkin sembuh.
- Syarat: Tidak mampu mencari nafkah dengan pekerjaan yang sepadan, setidak-tidaknya pada satu pertiga keupayaan pekerja normal.
- Perlindungan 24 jam dari keilatan atau kematian akibat sebab-sebab tidak berkaitan dengan pekerjaan.
2. Skim Bencana Pekerjaan:
- Perlindungan bagi pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit khidmat yang berasal dari pekerjaannya.
- Termasuk kemalangan semasa dalam atau berhampiran tempat kerja semasa keadaan kecemasan.
3. Penyakit Khidmat:
- Penyakit yang berpunca daripada atau terbit daripada pekerjaan, seperti yang disenaraikan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
- Contoh: Hilang pendengaran akibat tekanan bunyi tinggi yang berterusan, atau penyakit asma disebabkan oleh pendedahan berterusan kepada habuk atau bahan kimia berbahaya.
Semua yang disenaraikan di atas layak untuk menerima bayaran PERKESO 2024 berdasarkan skim-skim faedah keselamatan sosial yang diperkenalkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai jadual pembayaran PERKESO dan Pencen ILAT tahun 2024, sila layari laman rasmi PERKESO di sini.
Info Lain Yang Anda Boleh Semak