INFO TERKINI – Pakej Rahmah Prabayar Siswa 2024 : Cara mohon & langganan

Pelajar IPTA dan ILKA, anda kini  boleh menikmati internet 30GB dengan harga hanya RM30! Klik untuk mengetahui cara langgan dan manfaatkan pakej istimewa ini sekarang

Baca Juga : Panduan Lengkap Tarikh Gaji & Kenaikan untuk Penjawat Awam 2024

Kebergantungan golongan pelajar terhadap capaian internet dan telekomunikasi sememangnya tidak dapat dinafikan, justeru pengumuman daripada Kementerian Komunikasi mengenai pengenalan Pakej Rahmah Prabayar Siswa 2024 disambut baik oleh ramai pihak. Ini merupakan berita gembira khususnya untuk golongan mahasiswa dan mahasiswi!

Mari kita kongsikan lebih lanjut tentang pakej ini.

Pakej Rahmah Prabayar Siswa

PAKEJ RAHMAH

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Pakej istimewa ini diperkenalkan khusus untuk pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) terpilih.

Kerjasama strategik dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Madani untuk menangani peningkatan kos sara hidup. Ini terutama sekali untuk membantu pelajar mendapatkan liputan komunikasi dan internet yang lebih baik semasa sesi pengajian dan pembelajaran.

Inisiatif ini dimulakan untuk semua pelajar IPTA dan ILKA dahulu, dan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi akan diteruskan untuk menyebarluaskan pakej ini. Pengenalan pakej pascabayar istimewa ini juga selari dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup bagi golongan pelajar.

Tarikh Pendaftaran Pakej Rahmah Prabayar Siswa

Para pelajar yang layak boleh mula melanggan pakej ini bermula 16 Ogos 2024. Tawaran pakej ini merupakan peluasan daripada Pakej Internet Mudah Alih (Prabayar) Rahmah yang telah diperkenalkan pada tahun sebelumnya.

Jenis Pakej Rahmah Prabayar Siswa

Pakej Rahmah Prabayar Siswa dijual pada harga tidak lebih RM30, dengan data minimum permulaan sebanyak 30 gigabait (GB) untuk tempoh sah laku selama 180 hari.

Pakej menarik ini direalisasikan hasil kerjasama kerajaan dengan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications (YES).

Perincian pakej daripada setiap syarikat telekomunikasi yang terlibat akan dikemaskini di laman web rasmi syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

Cara Langganan Pakej Rahmah Prabayar Siswa

Pakej ini boleh dilanggan dengan hadir secara bersemuka di pusat atau kios penyedia perkhidmatan (telco) yang terlibat ataupun secara dalam talian.

Cara melanggan pakej ini akan diperincikan oleh setiap syarikat penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian di laman web rasmi masing-masing:

Senarai IPT Yang Layak

Memandangkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini diperkenalkan khusus untuk golongan siswa, para pelajar dari IPT tertentu layak untuk melanggan sebaik pendaftaran dibuka.

Senarai lengkap IPTA dan ILKA boleh dilihat dalam senarai Soalan Lazim di artikel ini (skrol ke bawah). Anda juga boleh membuat semakan melalui laman sesawang Kementerian Komunikasi di alamat www.komunikasi.gov.my.

Pakej ini bakal boleh dilanggan oleh semua pelajar di IPTA dan ILKA. Walau bagaimanapun, inisiatif ini akan dimulakan untuk semua pelajar IPTA serta ILKA dahulu, dan kemudian kerajaan akan terus berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk menyebarluaskan pakej ini.

Maklumat Lanjut Pakej Rahmah Prabayar Siswa

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Rahmah Prabayar Siswa, sila layari laman web Kementerian Komunikasi di pautan https://www.komunikasi.gov.my/awam/faq.

Untuk cara-cara melanggan pakej ini, sila rujuk syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang disebutkan di atas. Pelajar yang berminat boleh melayari laman web rasmi kelima-lima syarikat penyedia telekomunikasi tersebut untuk mengetahui perincian pakej yang ditawarkan:

Baca Juga : Tiket Percuma ke Zoo Negara Dalam Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Hari Lahir

Leave a Comment