Cara Login i-Akaun KWSP

Simpanan KWSP bertujuan untuk menjamin masa depan penggunanya dengan penyediaan dana persaraan melalui sistem pencaruman. Pihak KWSP komited untuk memudahkan proses penyimpanan dana di dalam akaun simpanan pekerja supaya masa depan yang sejahtera dapat dicapai oleh orang ramai.

Sistem atas talian i-Akaun ini adalah salah satu cara yang dikemukakan oleh KWSP untuk melancarkan proses kemas kini dan semakan untuk ahli KWSP.

i-Akaun merupakan sistem atas talian yang dibangunkan pihak KWSP dengan tujuan untuk memudahkan ahli KWSP untuk menguruskan akaun KWSP mereka, dimana proses daftar, login, semak dividen, kemas kini maklumat peribadi, dan banyak lagi dapat dilaksanakan melalui i-Akaun.

Sistem i-Akaun boleh diakses dimana-mana sahaja, asalkan pengguna mempunyai sambungan internet dan alat peranti seperti telefon pintar, laptop, tablet, dan lain-lain. Artikel ini akan menerangkan cara untuk login i-Akaun KWSP.

i-Akaun KWSP

Maklumat berikutan berkaitan dengan cara login i-Akaun KWSP dan ia berfungsi sebagai rujukan buat semua.

Sebelum login i-Akaun KWSP, anda perlu memastikan bahawa anda telah mendaftarkan akaun anda di dalam sistem i-Akaun KWSP. Layari laman web rasmi KWSP untuk ketahui cara untuk mendaftar i-Akaun KWSP dengan lebih lanjut.

Cara Login i-Akaun KWSP di Portal i-Akaun KWSP

Yang tertera merupakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk login i-Akaun KWSP di portal i-Akaun KWSP:

kwsp i akaun

  1. Layari pautan https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login
  2. Masukkan ID pengguna anda
  3. Masukkan kata laluan anda
  4. Jika terlupa ID pengguna dan/atau kata laluan, tekan pautan “Lupa ID pengguna atau kata laluan?”
  1. Jika terlupa ID pengguna, tekan pautan “ID pengguna”
  2. Jika terlupa kata laluan, tekan pautan “Kata laluan”
  3. Jika terlupa kedua-dua ID pengguna dan kata laluan, tekan “ID pengguna dan kata laluan”
  4. Pilih jenis ID, dan masukkan nombor ID yang berkenaan dan ikut arahan yang berikut
  1. Login berjaya

Cara Login i-Akaun KWSP di Aplikasi Mobile KWSP i-Akaun

Yang tertera merupakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk login i-Akaun KWSP menggunakan aplikasi mobile KWSP i-Akaun.

  1. Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun di App Store ataupun Google Play Store menggunakan alat peranti anda
  2. Ikut arahan tertera pada halaman utama aplikasi KWSP i-Akaun
  3. Masukkan kata pengguna anda
  4. Tekan pautan “Log masuk ke i-Akaun”
  5. Pautkan peranti dengan menekan pautan “Teruskan”a) Nota: Sebagai langkah keselamatan tambahan, hanya satu peranti yang dibenarkan login i-Akaun KWSP anda
  1. Masukkan ID pengguna anda
  2. Masukkan kata laluan anda
  3. Jika terlupa ID pengguna dan/atau kata laluan, tekan pautan “Lupa ID pengguna atau kata laluan?”a) Jika terlupa ID pengguna, tekan pautan “ID pengguna”
    b) Jika terlupa kata laluan, tekan pautan “Kata laluan”
    c) Jika terlupa kedua-dua ID pengguna dan kata laluan, tekan “ID pengguna dan kata laluan”
    d) Masukkan no. IC ataupun no. KWSP anda dan ikut arahan yang berikut/
  4. Login berjaya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan cara login i-Akaun KWSP, sila rujuk yang berkenaan:

  1. Laman web rasmi KWSP
  2. Portal i-Akaun KWSP
  3. Pusat Pengurusan Panggilan KWSP: 03-8922 6000

Semoga maklumat berkenaan cara login i-Akaun KWSP yang dikongsikan diatas dapat membantu anda untuk menguruskan akaun KWSP anda dengan lebih cermat dan efisien.

Rujukan: KWSP

Leave a Comment