TERKINI : AKAUN 3 KWSP – Pengeluaran kecemasan bila-bila masa

Butiran dan tarikh pelaksanaan untuk Akaun 3 KWSP akan diumumkan dalam bulan April 2024. Sebuah akaun tambahan akan diperkenalkan oleh KWSP untuk memberi manfaat kepada ahli.

 

PENGENALAN AKAUN 3 KWSP

 

KWSP mengusulkan pengenalan Akaun 3 yang fleksibel untuk pengeluaran wang pada bila-bila masa.

Cadangan ini diajukan oleh Nurhisham Hussien, Ketua Pegawai Strategi KWSP, khusus untuk keadaan kecemasan.

Perlu diambil kira tahap disiplin ahli KWSP agar pengeluaran wang mereka tidak menjadi terlalu kerap.

KWSP perlu memastikan bahawa ahli memiliki dana yang mencukupi sebelum melaksanakan Akaun 3 dengan pengeluaran secara fleksibel.

AKAUN 3 KWSP

MAKLUMAT TERKINI FUNGSI AKAUN 3 KWSP

 

  • Mulai 11 Mei ini, akaun bagi ahli di bawah umur 55 akan diubahsuai dari 2 kepada 3.
  • Pada masa ini, 70 peratus caruman untuk pencarum di bawah umur 55 dimasukkan ke dalam Akaun 1 dan 30 peratus ke dalam Akaun 2.
  • Dengan pelancaran Akaun 3, pembahagian caruman akan dibuat kepada 3 bahagian: 75 peratus ke Akaun 1, 15 peratus ke Akaun 2, dan 10 peratus ke Akaun 3.
  • Ahli boleh memilih untuk memindahkan dana dari akaun (selamat) ke akaun (fleksibel) mengikut syarat yang ditetapkan.
  • Ahli diberi masa sehingga 31 Ogos 2024 untuk memilih jumlah permulaan dalam Akaun 3 (fleksibel).
  • Bermula dari Mei hingga Ogos tahun ini adalah tempoh untuk memutuskan jumlah permulaan dalam akaun fleksibel sebagai fasa pengumpulan.
  • Bagi ahli yang tidak mahu menyertai dalam menentukan jumlah permulaan dalam Akaun 3 kemudian, baki akaun mereka akan bermula dari sifar (0) sehingga caruman baru dikreditkan ke dalam akaun tersebut.
  • Perlu diingat bahawa simpanan dari Akaun 3 boleh dikeluarkan secara fleksibel pada bila-bila masa. Jumlah pengeluaran minimum yang dibenarkan adalah serendah RM50, dan semua maklumat terkini mengenai akaun fleksibel akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat terkini mengenai Akaun 3 KWSP, sila rujuk sumber rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melalui:

Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Hotline: 03-8922 6000

Laman web rasmi: https://www.kwsp.gov.my

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

BANTUAN KEWANGAN RM200 BLP : Cara Mohon & Semak Kelayakan

BANTUAN OKU 2024 : PAS PERJALAN PERCUMA

Bantuan Kewangan Ibu Tunggal 2024 : Semak Kelayakan Sekarang !

 

Leave a Comment