Berikut adalah jadual TARIKH GAJI 2024 PENJAWAT AWAM dan maklumat terkini mengenai peningkatan gaji bagi penjawat awam pada tahun 2024.
JADUAL TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2024
Berikut adalah jadual tarikh pembayaran gaji 2024:
NOTA PENTING : Satu tarikh pembayaran gaji untuk seluruh negeri.
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
Januari | 24.01.2024 | Rabu | Hari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis) |
Februari | 23.02.2024 | Jumaat | Tahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad) |
Mac | 25.03.2024 | Isnin | – |
April | 25.04.2024 | Khamis | Hari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis) |
Mei | 24.05.2024 | Jumaat | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat) |
Jun | 13.06.2024 | Khamis | Hari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) |
Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa) | |||
Julai | 19.07.2024 | Jumaat | – |
Ogos | 23.08.2024 | Jumaat | – |
September | 25.09.2024 | Rabu | – |
Oktober | 24.10.2024 | Khamis | Hari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis) |
November | 25.11.2024 | Isnin | – |
Disember | 19.12.2024 | Khamis | Hari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu) |
INFO KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024
“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah sebut sebelum ini kita ada mengkaji semula (skim gaji) dan menjelang 2024, insya-Allah gaji bagi penjawat awam akan naik,” kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Kerajaan sedang merancang untuk mengumumkan peningkatan gaji penjawat awam dan elaun pesara bermula tahun 2024, sebagai sebahagian daripada usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Menteri Komunikasi dan Digital serta jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, menyatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah meneliti perkara tersebut. Ia dijangka akan dilaksanakan menjelang tahun depan.
“Memang sebelum ini ada beberapa keputusan sudah diambil. Saya serahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali atau Perdana Menteri sendiri untuk mengumumkannya nanti.
“Tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sudah meluluskan kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai usaha meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta,” katanya.
BACAAN LAIN
Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia : Gaji RM1700 – RM1900 – Minimum SPM
10 Pilihan Makanan Diet Sihat untuk Penurunan Berat Badan yang Berkesan
7 Perkara yang Membatalkan Puasa