Analisis Fenomena Dua Bulan: 2024 PT5 Mengelilingi Bumi Hingga November 2024

Fenomena langit yang jarang berlaku! Ketahui bagaimana asteroid 2024 PT5 mengelilingi Bumi ibarat bulan kedua sehingga November 2024. Baca analisis penuh sekarang!

Fenomena Dua Bulan

Analisis Fenomena Dua Bulan: 2024 PT5 Mengelilingi Bumi Hingga November 2024

 

Bumi dipercayai mula dikelilingi bulan sekitar 4.5 bilion tahun yang lalu. Menurut saintis, sebuah objek sebesar planet Marikh telah melanggar Bumi, dan serpihan daripada pelanggaran tersebut membentuk bulan yang kita kenali hari ini.

Namun begitu, sejak seminggu yang lalu, Bumi telah secara rasminya dikelilingi oleh dua bulan. Bulan kedua ini dikenali sebagai 2024 PT5, sebuah asteroid yang telah terperangkap dalam graviti Bumi sejak 29 September yang lalu. Asteroid ini berada dalam perjalanan mengorbit Matahari dan akan kekal sebagai bulan Bumi sehingga 25 November 2024.

Ahli astronomi Carlos de la Fuente Marcos dan Raúl de la Fuente Marcos dari Ciudad Universitaria Madrid adalah dua saintis yang menemukan bulan kedua ini, yang hanya memiliki diameter sekitar 11 meter.

Selepas 25 November 2024, 2024 PT5 akan meneruskan perjalanannya mengorbit Matahari dan dijangka hanya akan kembali melawat Bumi pada tahun 2055. Ini bukan kali pertama Bumi menerima bulan sementara seperti ini. Kejadian pertama yang dicatatkan adalah pada September 2006 dengan asteroid yang dikenali sebagai 2006 RH120 mengorbit Bumi selama 281 hari. Kemudian, pada tahun 2016, asteroid 2020 CD3 menjadi bulan sementara selama 752 hari. Kedua-dua bulan sementara ini hanya mempunyai diameter sekitar 1.8-2.7 meter.

Saintis percaya bahawa fenomena ini berlaku dengan kerap, tetapi instrumen cerapan sebelum ini tidak cukup sensitif untuk mengesannya. Untuk mengesan bulan sementara yang kecil ini, teleskop dengan sensor 30″ CMOS atau CCD diperlukan kerana saiz mereka yang kecil menyukarkan penglihatan dengan mata kasar.

 

 

Sumber: Amanz

 

Baca info lain:

Leave a Comment