Panduan Lengkap Doa Tidur dan Amalan Sunnah: Untuk Tidur yang Damai dan Tenang

Ketahui doa tidur yang harus dibaca sebelum tidur serta amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Jangan ketinggalan rahsia untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan penuh keberkatan setiap malam.

Baca Juga : Cara Menjawab Azan Dengan Betul

DOA TIDUR

Di dalam Islam, setiap aktiviti harian dilihat sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini termasuklah ketika saat-saat mudah seperti sebelum tidur dan ketika bangun tidur. Oleh itu, terdapat doa sebelum tidur dan doa ketika bangun tidur.

Melalui amalan doa ini, umat Islam digalakkan untuk sentiasa mengingati pencipta mereka, mengucapkan syukur, serta memohon perlindungan dan bimbingan.

Marilah kita sampaikan ucapan syukur kita melalui doa sebelum menutup hari. Berikut adalah bacaan penuh doa-doa yang boleh diamalkan:

Doa Tidur dalam Islam

Berikut adalah bacaan doa sebelum tidur dan bangun tidur lengkap dengan teks Arab, Latin, dan terjemahan.

Doa Sebelum Tidur Versi Pendek

Arabic:
بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَ بِسْمِكَ اَمُوْتُ

Latin:
Bismika Allahumma ahyaa wa bismika amuut.

Terjemahan:
“Dengan nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati.” (Sahih Bukhari, At-Tauhid: 6845)

Doa sebelum tidur ini boleh dibacakan secara langsung atau dilengkapi dengan bacaan lain untuk menambah keberkatan. Selain doa ini, terdapat beberapa bacaan lain yang juga disunnahkan untuk dibaca sebelum tidur:

  1. Surat al-Fatihah
  2. Surat al-Ikhlas (3 kali)
  3. Surat al-Falaq (3 kali)
  4. Surat an-Nas (3 kali)
  5. Ayat Kursi

Doa Sebelum Tidur Versi Panjang

Arabic:
للَّهُمَّ أَسْلَمْتُ إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِى إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرى إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلَا مَنْحَى مِنْكَ إِلا إِلَيْكَ، أَمَنْتُ بكتابكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Latin:
Allahumma aslamtuilaika wawajjahtuwajhii ilaika, wafawwadhtuamrii ilaika waalja’tuzahrii ilaika raghbatan warahbatan ilaika la maljaawala manjaa minka illa ilaika amantu bikitaabikalladzi anzalta wa binabiyyikalladzi arsalta.

Terjemahan:
“Ya Allah, aku berserah diri kepada-Mu. Aku menghadapkan wajahku kepada-Mu. Aku menyerahkan segala urusanku kepada-Mu. Aku menyandarkan punggungku kepada-Mu lantaran mengharap dan takut kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari ancaman-Mu kecuali hanya kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab-Mu yang Kau turunkan juga (aku beriman) kepada nabi-Mu yang Kau utus.” (HR, Muslim, Bukhari dan Abu Dawud)

Sunnah Sebelum Tidur

Selain membaca doa-doa tersebut, Rasulullah SAW telah menganjurkan beberapa amalan sunnah yang boleh dilakukan sebelum tidur, antaranya:

  1. Berwudhu Sebelum Tidur: Disarankan untuk berwudhu sebelum tidur seperti berwudhu sebelum solat. Ini membantu menjaga kebersihan luaran dan dalaman.
  2. Tidur dalam Posisi Mengiring ke Kanan: Tidur dengan berbaring di sebelah kanan dianggap lebih baik kerana dapat menjaga fungsi jantung dan memudahkan bangun untuk ibadah malam atau solat Subuh.
  3. Membaca Doa Sebelum Tidur: Membaca doa-doa seperti yang disenaraikan di atas sebelum tidur.
  4. Membaca Ayat Kursi: Ayat Kursi dibaca sebelum tidur kerana dipercayai dapat memberikan perlindungan dari gangguan syaitan.
  5. Membaca Dua Ayat Terakhir Surat Al-Baqarah: Dua ayat terakhir dari Surat Al-Baqarah diyakini memberikan perlindungan khas sepanjang malam.
  6. Membaca Surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas: Ketiga-tiga surah ini dikenali sebagai al-Muawwidzaat dan dibaca serta ditiupkan ke tapak tangan, kemudian diusapkan ke seluruh badan untuk perlindungan dari kejahatan.
  7. Melakukan Dzikir dan Tasbih: Mengulangi tasbih, tahmid, dan takbir sebanyak 33 kali setiap satu adalah sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah untuk membawa kedamaian dan ketenangan sebelum tidur.

Baca Juga : Cara Sujud Syukur

Leave a Comment