TAHNIAH! SEMAK DIVIDEN KWSP ANDA SEKARANG DISINI

Adakah anda pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja? Jika ya anda perlu prihatin akan jumlah dividen kwsp 2023 ini. Baca sehingga habis di bawah.

Dividen KWSP 2022 (Dibayar Tahun 2023)

Bagi tahun 2022, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 5.35% untuk simpanan konvensional dan 4.75% untuk simpanan Islam untuk 2022 satu pulangan yang lumayan jika dilihat dengan market global yang perlahan.

Mengikut sejarah-sejarah sebelum ini, KWSP selalu memberikan pulangan yang sangat tinggi, jadi untuk tahun 2023 ini, mungkin pulangan dividen menjadi semakin tinggi.

Dividen KWSP 2023 (Dibayar Tahun 2024)

Bagi tahun 2023, dividen KWSP dibayar sebanyak 5.5% simpanan dan konvensional 5.4% simpanan syariah.

  • Ianya adalah pulangan pelaburan yang memberansangkan.

Dividen KWSP 2024

Tarikh Dividen KWSP 2024

Pengumuman itu akan dibuat pagi Ahad ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu dilantik Ahmad Zulqarnain Onn, kata KWSP dalam satu notis sidang media yang dikeluarkan hari ini.

Beliau bermula sebagai CEO baharu KWSP pada 19 Februari. Sejak 2017, KWSP telah mengisytiharkan dividen ke atas simpanan konvensional dan Islam.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept tahun lepas, KWSP merekodkan pendapatan pelaburan sebanyak RM47.86 bilion, meningkat 33% daripada RM36.04 bilion dalam tempoh yang sama pada 2022.

Sejarah Dividen KWSP

Antara 1983 dan 1987, dividen tertinggi yang dibayar oleh KWSP ialah 8.5%.

Penganalisis menjangkakan KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen 5.5% hingga 6.5% pada 2023, yang lebih baik daripada kadar dividen pada 2022. Penganalisis ekonomi Sekolah Perniagaan Universiti Kuala Lumpur Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata berdasarkan prestasi suku tahunan KWSP semasa, terdapat jangkaan positif untuk pengagihan kadar dividen yang lebih baik pada 2023.

Beliau berkata Kumpulan Wang Simpanan mempunyai skala ekonomi yang lebih mampan dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM1.1 trilion. “Oleh itu, dana pencen ini mempunyai kelebihan dari segi pemilihan pelaburan dan proses rundingan dengan pengurus dana luar.

Cara Kira Dividen

Namun, disebabkan saiz dana pelaburan yang besar, KWSP perlu bekerja lebih keras untuk mencapai pulangan tinggi mata ringgit, walaupun jika bahagiannya kecil.” . “Sebagai contoh, bagi setiap dividen 1%, KWSP dengan aset RM1.1 trilion perlu membayar RM11 bilion, yang agak mencabar dalam iklim ekonomi semasa.

Bagaimanapun, KWSP dijangka memberikan pulangan dan ramalan dividen yang lebih baik 5.5 % hingga 6.5%,” katanya.

Leave a Comment