TARIKH BAYARAN PENCEN BULAN MAC 2024 – SEMAK DISINI

Tarikh pembayaran pencen kerajaan bulan Mac 2024 kini dikeluarkan. Anda boleh semak sekarang disini tarikh dan info berkaitan.

Berikut adalah jadual bayaran pencen perkhidmatan dan tarikh bayaran bulanan bagi tahun 2024 untuk rujukan dan semakan pesara Perkhidmatan Awam (JPA) atau tanggungan/waris pesara yang layak menerima pencen JPA.

Jadual bayaran pencen yang dilampirkan diterbitkan secara rasmi berdasarkan jadual yang diterbitkan oleh Portal Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Tarikh Pembayaran Pencen Mac 2024

Tarikh Bayaran Pencen 2024

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

Tarikh bayaran pencen 2024 pesara bulanan adalah seperti berikut:

  • Januari – 19.01.2024 (Jumaat)
  • Februari – 21.02.2024 (Rabu)
  • Mac – 21.03.2024 (Khamis)
  • April – 19.04.2024 (Jumaat)
  • Mei – 17.05.2024 (Jumaat)
  • Jun – 12.06.2024 (Rabu)
  • Julai – 17.07.2024 (Rabu)
  • Ogos – 21.08.2024 (Rabu)
  • September – 20.09.2024 (Jumaat)
  • Oktober – 21.10.2024 (Selasa)
  • November – 21.11.2024 (Khamis)
  • Disember – 18.12.2024 (Rabu)

Jadual Pencen 2024 Penjawat Awam

Dibawah adalah jadual lengkap pencen bagi tahun 2024 untuk penjawat awam.

Jadual Tarikh Pembayaran Pencen 2024

Semakan Penyata Pencen 2024

Anda boleh semak dan download penyata bayaran pencen dari pautan ini https://apps.jpapencen.gov.my/penyatatabayar atau boleh juga melalui APPS MyPesara.

Sehubungan dengan Program Transformasi Kerajaan Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan, KWAP telah bertanggungjawab mengambil alih pemprosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

Inisiatif ini diharapkan agar menaikkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan dan proses pembayaran faedah persaraan yang lebih cekap untuk membantu pesara.

Senarai Perkhidmatan yang ditawarkan oleh KWAP:

  • Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan faedah persaraan;
  • Memproses pembayaran faedah persaraan, termasuk pembayaran anugerah perkhidmatan, pampasan
    cuti, pencen bulanan, faedah pengebumian, bayaran balik tuntutan untuk ubat-ubatan dan peralatan perubatan dan
    memproses pelarasan pencen;
  • Bayaran lain yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa;
  • Berurusan dengan hutang kerajaan atau potongan faedah persaraan yang diarahkan oleh mahkamah;
  • Memproses bayaran balik kepada institusi atau individu yang dipotong daripada faedah persaraan;
  • Penamatan/penggantungan proses pembayaran pencen
  • Pengurusan Fail Persaraan dan Rekod

Maklumat lanjut Pencen 2024

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ke pautan rasmi Kerajaan Madani berikut:

Muat turun MyPesara melalui Apple App Store atau Google PlayStore di link berikut:

Leave a Comment