Cara mendaftar dan log masuk CIMB Clicks tahun 2024 dengan mudah.
CIMB CLICKS
CIMB Clicks adalah platform perbankan dalam talian yang disediakan oleh CIMB Bank. Ia membolehkan para pelanggan untuk mengakses pelbagai perkhidmatan perbankan secara atas talian, seperti semakan baki akaun, pemindahan dana, pembayaran bil, dan banyak lagi melalui laman web atau aplikasi mudah alih.
FUNGSI CIMB CLICKS
CIMB Clicks menyediakan pelbagai fungsi perbankan dalam talian, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Semakan Baki dan Penyata Akaun
Membolehkan pelanggan untuk menyemak baki akaun dan menyemak penyata akaun mereka secara dalam talian.
- Pemindahan Dana
Membolehkan pemindahan wang antara akaun CIMB dan akaun lain, sama ada dalam bank tempatan atau antarabangsa.
- Pembayaran Bil
Membolehkan pelanggan untuk membayar bil utiliti, kad kredit, pinjaman, dan lain-lain secara dalam talian.
- Pendaftaran Produk dan Perkhidmatan
Membolehkan pelanggan untuk mendaftar produk dan perkhidmatan baru seperti kad kredit, pinjaman, dan banyak lagi secara dalam talian.
- Penyelenggaraan Profil dan Maklumat Peribadi
Membolehkan pelanggan untuk mengemaskini maklumat peribadi, menukar kata laluan, dan menguruskan profil mereka secara dalam talian.
- Transaksi Pelaburan
Membolehkan pelanggan untuk membuat pelaburan dalam unit amanah dan instrumen pelaburan lain secara dalam talian.
CARA DAFTAR CIMB CLICKS
Untuk mendaftar CIMB Clicks, langkah-langkah berikut perlu diikuti di mesin ATM CIMB:
- Masukkan kad dan nombor PIN anda.
- Pilih opsyen “Branchless Banking” dari menu.
- Pilih “Pendaftaran CIMB Clicks”.
- Daftarkan nombor telefon anda dan tetapkan PIN 6 digit.
- Kemudian, anda akan diminta untuk menetapkan kata laluan. Kata laluan ini boleh diubah kemudian secara dalam talian.
- Masukkan nombor telefon bimbit anda.
- Cetak resit sebagai bukti pendaftaran untuk rujukan anda.
- Kod pengaktifan akan dihantar ke telefon bimbit anda.
CARA MENGAKTIFKAN CIMB CLICKS
Untuk mengaktifkan CIMB Clicks selepas menetapkan nombor PIN dan nombor telefon anda, ikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Layari laman CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my/.
- Pada bahagian menu, klik “Register for Clicks”.
- Langkah 1: Pilih “CIMB ATM/DEBIT & Credit Card”.
- Masukkan nombor kad ATM, 6 digit nombor pin ATM, dan tulis CAPTCHA pada skrin.
- Tandakan kotak persetujuan Terma dan Syarat.
- Klik butang “Next”.
- Tunggu kod pengaktifan OTP dihantar ke nombor telefon anda.
- Masukkan User ID dan kata laluan anda.
- Masukkan nama ibu, emel, dan juga perkataan keselamatan.
- Abaikan bahagian “Introducer’s Details”.
- Klik butang “I Agree & Submit”.
CARA LOGIN CIMB CLICKS
Untuk log masuk ke CIMB Clicks selepas menyelesaikan proses pendaftaran di atas, ikuti langkah-langkah berikut:
- Pada halaman utama, klik butang “Login to Clicks”.
- Masukkan User ID anda.
- Klik butang “Login”.
- Pastikan gambar SecureWord sama dengan SecureWord yang anda tetapkan.
- Kemudian, klik pada kotak “Yes, This is my SecureWord”.
- Masukkan kata laluan anda.
- Klik butang “Login”.
BACAAN LAIN
JAWATAN KOSONG JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) – Gaji Sehingga RM 4000
Semakan Keputusan Rayuan: Kemasukan SBP & SMKA Sesi 2024/2025
Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia : Gaji RM1700 – RM1900 – Minimum SPM