Cara Simpan Lauk Frozen Tahan Hingga 6 Bulan, Tip Dari Ahli Kimia!

Sudah penat lauk cepat rosak? Cuma memerlukan 5 minit, cara simpan lauk frozen tahan hingga 6 bulan.

Ini dijamin berkesan, tip eksklusif dari Ahli Kimia! Mahu tahu rahsianya? Jom baca!

Cara Simpan Lauk Frozen Tahan Hingga 6 Bulan

Cara Simpan Lauk Frozen Tahan Hingga 6 Bulan, Tip Dari Ahli Kimia!

 

Menyediakan hidangan untuk keluarga memang memakan masa, terutamanya bagi ibu yang bekerja. Ramai yang memilih untuk memasak dalam kuantiti banyak dan menyimpan lauk dalam bentuk beku sebagai stok. Apabila ingin makan, lauk ini hanya perlu dikeluarkan dari peti ais dan dipanaskan semula.

Namun, untuk memastikan lauk yang disimpan dalam keadaan beku ini kekal selamat untuk dimakan, anda boleh mengikuti panduan dan tip yang dikongsi oleh ahli kimia, Dr. Fatimah Salim.

Lauk Boleh Tahan 2-6 Bulan

Menurut Dr. Fatimah, makanan yang berlebihan termasuk nasi, sup, lauk pauk, dan sayuran boleh dibekukan dan tahan antara 2 hingga 6 bulan. Ini bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan peti sejuk mengekalkan suhu yang stabil. Nutrisi asal juga akan kekal dalam makanan yang dibekukan.

 

Selepas 6 Bulan, Masih Selamat Tapi…

Selepas tempoh tersebut, stabiliti komponen masakan mungkin mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Perubahan ini boleh dilihat melalui rupa, warna, dan struktur makanan yang berubah daripada asalnya. Namun, makanan masih selamat untuk dimakan.

Makanan boleh basi atau rosak disebabkan oleh aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (kuman) serta tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang dari udara, tangan, atau peralatan yang digunakan semasa pengendalian makanan yang telah dimasak.

 

Pastikan Lauk Betul-Betul Dibekukan

Suhu sejuk dalam peti ais beku (yang menjadikan air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan boleh bertahan lebih lama.

Kebanyakan jenis makanan yang siap dimasak atau mentah (termasuk sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hayatnya. Kualiti makanan beku, terutamanya rupa dan tekstur, bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.

 

Tip untuk Panaskan Kembali Lauk

  • Elakkan Menyahbeku Berulang Kali: Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku makanan yang sama berulang kali. Sebaiknya, bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan.

 

  • Keluarkan Makanan Lebih Awal: Keluarkan makanan dari peti sejuk beku lebih awal untuk dinyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur asal makanan.

 

  • Atur Ruang Peti Sejuk Beku: Pastikan ruang peti sejuk beku disusun dengan teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.
    Mengikuti tip-tip ini akan membantu memastikan lauk yang disimpan dalam keadaan beku kekal selamat, berkhasiat, dan dalam kondisi terbaik ketika anda ingin menikmatinya.

 

 

Sumber: 

 

Baca info lain:

Leave a Comment