Nak Tahu Cara Simpan Bahan Kisar Lebih Lama Sehingga 3 Bulan? Ikuti Langkah Ini!

Pernah tak anda rasa kecewa bila bahan kisar menjadi kulat hanya dalam beberapa hari? Bayangkan kalau ada cara untuk pastikan bahan kisar anda bertahan sehingga 3 bulan!

Kedengaran mustahil? Baca untuk ketahui rahsia yang bakal mengubah cara anda menyimpan bahan kisar selamanya.

Cara Simpan Bahan Kisar Lebih Lama

Nak Tahu Cara Simpan Bahan Kisar Lebih Lama Sehingga 3 Bulan? Ikuti Langkah Ini!

 

Bahan-bahan memasak seperti bawang, cili, dan halia adalah penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Namun, sering kali kita menghadapi masalah untuk menyimpan bahan-bahan ini agar tetap segar dan tahan lama.

Menerusi satu muat naik di Facebook oleh seorang wanita dikenali sebagai Cik Dayang, dia berkongsi cara simpan bahan kisar lebih lama sehingga 3 bulan.

Cara Simpan Bahan Kisar Lebih Lama

1. Cara Membuat Cili Kisar
Gunting cili kering kepada kepingan kecil (lebih kurang 1 inci) dan buang bijinya.
Rebus sehingga cili menjadi lembut sambil menambah sedikit garam dan minyak untuk mempercepatkan proses pelunakan.
Tapis dan bilas dengan air bersih.
Masukkan cili ke dalam pengisar bersama sedikit air dan kisar hingga halus.
Setelah siap, masukkan ke dalam bekas yang kering bersama sedikit asam keping dan simpan di dalam peti sejuk.

2. Cara Menyediakan Bawang Besar Kisar
Ambil satu kilogram bawang besar dan hiris kecil-kecil supaya mudah dikisar.
Kisar bawang bersama minyak dengan anggaran minyak sebanyak separuh daripada jumlah bawang.
Jika mahu, boleh gantikan minyak dengan sedikit air.
Setelah siap dikisar, masukkan ke dalam bekas yang kering dan taburkan sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum disimpan dalam peti sejuk.

3. Cara Membuat Bawang Putih Kisar
Ambil setengah kilogram bawang putih, kemudian kupas, cuci, dan hiris kecil-kecil.
Kisar bawang putih bersama air bertapis dengan anggaran air tidak lebih separuh dari jumlah bawang.
Setelah siap dikisar, simpan dalam bekas yang kering.

4. Cara Membuat Halia Kisar
Ambil setengah kilogram halia. Buang kulit, cuci dan potong kecil-kecil.
Potongan bersaiz kecil adalah penting supaya halia mudah dikisar.
Oleh kerana halia mempunyai banyak air, jangan tambahkan terlalu banyak air semasa mengisar. Setelah siap, simpan dalam bekas yang kering.

Tips Penting Lain:
Cik Dayang juga berkongsi beberapa tips penting tentang cara menggunakan bahan kisar ini agar tidak cepat rosak:

  • Gunakan sudu yang kering dan bersih setiap kali mengambil bahan. Elakkan daripada menggunakan sudu yang sama untuk setiap jenis bahan untuk mengelakkan pencemaran.
  • Gunakan sudu berasingan untuk setiap jenis bahan.

Dengan mengikuti tips ini, stok bahan masakan anda akan kekal segar dan tahan lebih lama. Selamat memasak!

 

Sumber: mstar

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment