Semak status bantuan MyKad RM700 Fasa 3 2024 dengan mudah dan cepat. Ikuti langkah yang kami sediakan dan pastikan anda tidak ketinggalan.
Baca Juga : RM650 untuk B40 yang layak!
Cara Semak Status Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 2024
- Sila layari laman sesawang rasmi di pautan ini: Semak Status Bantuan.
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
- Masukkan nombor MyKad anda tanpa simbol dash (-) (contoh: 780230112345).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
Selesai.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN DALAM MYKAD RM700 FASA 3 2024
Tarikh penyaluran bantuan bagi fasa ketiga (3) adalah berbeza untuk setiap negeri penerima seperti berikut:
Bil. | Negeri Penerima | Tarikh Penyaluran |
1. | Sabah | 12/08/2024 |
2. | Sarawak | 12/08/2024 |
3. | Kuala Lumpur | 01/09/2024 |
4. | Selangor | 01/09/2024 |
5. | Negeri Sembilan | 01/09/2024 |
6. | Melaka | 01/09/2024 |
7. | Johor | 01/09/2024 |
8. | Terengganu | 01/09/2024 |
9. | Pahang | 01/09/2024 |
10. | Kelantan | 01/09/2024 |
11. | Kedah | 01/09/2024 |
12. | Pulau Pinang | 01/09/2024 |
13. | Perak | 01/09/2024 |
14. | Perlis | 01/09/2024 |
CARA PENYALURAN BANTUAN RM700 FASA 3 2024
Bantuan akan disalurkan melalui dua cara:
- Secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima.
- Secara tunai ke dalam akaun bank penerima dan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
JUMLAH BANTUAN DISALURKAN DALAM MYKAD FASA 3 2024
Jumlah bantuan yang disalurkan adalah berbeza mengikut negeri penerima:
Negeri Penerima | Jumlah Bantuan | Cara Penyaluran |
Sabah dan Sarawak | RM600 | Penyaluran secara tunai ke dalam akaun bank penerima sebanyak dua kali. |
Semenanjung Malaysia | RM100 | Penyaluran secara tanpa tunai dalam MyKad penerima sebanyak 12 kali. |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Maklumat ini dikongsi bertujuan memudahkan carian pelawat dan tidak dikenakan sebarang bayaran atau meminta maklumat pelawat. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: SARA FAQ.
Untuk maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila rujuk pautan yang diberikan.
Baca Juga : Anda Layak Dapatkan Saringan Kesihatan PERCUMA! Ketahui Cara Mudah di Sini